Baru lepas jumpa owner sebuah kondominium di Cyberjaya.
Dia beli rumah ni melalui produk Houzkey oleh Maybank. Sebenarnya ia sistem sewa beli.
Owner dikira menyewa dengan option untuk beli semula. Jadi tak ada SPA dan perjanjian pinjaman yang owner sign masa beli rumah ni. Yang ada hanya perjanjian sewa dengan Maybank.
Yang bestnya, tak perlu bayar deposit. Tak perlu bayar progress payment juga. Kadar bayaran tahun pertama ke Maybank pun murah je. Cuma RM900.
Naik tahun berikutnya barulah bayaran sewa atau ansuran ke Maybank tu naik ke RM1300.
Masalah muncul bila dah nak menjelang 5 tahun. Iaitu dateline untuk sistem sewa beli Houzkey ni.
Sebelum cukup 5 tahun, owner kena buat keputusan.
1. - sayang rumah? Kena beli. Buat pinjaman untuk at least baki hutang (ada baki hutang walaupun program sewa beli).
2. Cari pembeli baru. Bergantung la dapat jual pada harga berapa. Ada untung, owner dapat la duit untung ru
3. Kalau stuck dua-dua di atas tak boleh buat, owner kena serahkan semula rumah ni kepada Maybank bila cukup tempoh 5 tahun. Kemudian owner kena bayar some compensation ke Maybank. Kes dia, kena bayar dalam RM20k.
Isunya sekarang, susah nak jual kat sini sekarang. Market subsale unruk kondo atau apartment memang slow. Unlesa buang harga la.
Even dah ada beberapa iklan untuk dijual pada harga lebih rendah dari baki pinjaman.
Then how...
Pening juga ambik Houzkey ni rupanya ..
Ulasan