Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PKNS di sisimu

5 pemuda menempah wang besar

Ingat lagi tak pengumuman Pertandingan Video Kreatif 'PKNS Di Sisimu' yang saya pernah kongsikan di sini? Ternganga mulut saya bila melihat setakat blog ini ditulis,  ini baru 5 orang yang menghantar penyertaan. Ini bermakna peluang untuk menang masih sangat besar. Hadiah tempat pertamanya wang RM 10,000 tu... Hadiah keseluruhan pula bernilai RM 25,000. wowww Aihhh.. takkan nak biarkan je kan.... ini tidak boleh jadi... So, kawan-kawan, jangan buang masa. Rakamkan satu video pendek kurang 2 minit dan sertai pertandingan ini. Untung-untung menang RM 10,000, boleh la guna untuk deposit rumah anda seterusnya ;) Kalau nak tengok video-video yang dah pun dihantar oleh peserta, boleh cari 'PKS Di sisimu' di youtube . untuk makluman lanjut mengenai pertandingan video ini, boleh klik 'play' pada video di bawah.

Peluang! Wang Tunai RM10K Melayang ke Sisi

Saya bermula dengan rumah PKNS. Bangga pula saya mengeluarkan ayat di atas. Ya, saya mula membeli rumah pertama pada tahun 2006, iaitu sebuah rumah kos rendah yang dibina atas kerjasama PKNS dan Getaris Sdn Bhd. Kata orang, segalanya bermula dengan langkah pertama kan. Tiada langkah pertama, tiadalah langkah seterusnya. Pada masa booking tu, saya terbayang-bayang je kisah-kisah projek terbengkalai. Takut projek yang saya beli ni pun akan masuk surat khabar atas berita yang sama. hey, walaupun cuma rm42,500 tapi berpuluh-puluh ribu juga tu kan... Tapi pegawai jualan ni bagitau saya, You jangan bimbang... projek ini usahasama dengan PKNS. Kalau projek PKNS, mesti tak terbengkalai punya... PKNS jaga reputasi dia. Bimbang yang muncul sebelum tu terus perlahan-lahan hilang bila tengok logo PKNS kat flyers projek tu. Alhamdulillah... kurang 3 tahun kemudian, saya mendapat kunci untuk rumah tersebut dan di situlah saya menginap sehinggalah blog ini di tulis. Jadi...