Semalam kecoh berita 1.058 pembeli rumah PR1MA saman pemaju kerana menyebabkan kerugian pada mereka. Ceritanya begini. Pembeli rumah berkenaan adalah pembeli dari 24 projek PR1MA antaranya PR1MA Kuala Ketil Kedah, PR1MA Marudu Sabah, PR1MA Melaka Tengah, PR1MA Jubilee Kuala Lumpur, PR1MA Tebrau Johor, PR1MA Padang Siding Perlis, PR1MA Gambang Pahang dan PR1MA Bintawa Sarawak. Pada awalnya mereka membeli rumah ni pada harga lebih kurang RM350,000. Saya percaya ada yang berharga dalam RM300,000 atau hampir RM300,00 sebab inilah range rumah PR1MA. Biasanya kalau kita beli rumah under con, siapa beli awal akan dapat diskaun banyak kan. Harga pun lebih murah. Kemudian siapa beli lewat, harga dah naik ataupun diskaun dah kurang. Kiranya siapa beli cepat, dia untung. Tu logik lah. Tapi kali ni terbalik. Siapa beli awal, mereka beli harga asal. Tanpa diskaun. Tapi siapa beli lewat pula yang dapat diskaun banyak. Apa cerita ni? Macam ni lah.. biasanya rumah yang dibina...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.