Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Shafie Bustan

tunjuk ajarku, Sifu!

Saya baru selesai membaca ebook 'Sifu Rumah Lelong' yang ditulis oleh Sifu  Shafie Bustan . Sifu Shafie atau Pie memang dah tersohor dalam pelaburan hartanah lelong. Tahniah atas pelancaran ebook terbarunya ini. Sebenarnya, membeli rumah lelong memang lubuk wang bagi yang tahu tekniknya taip boleh menjadi perangkap bahaya bagi yang membeli membuta-tuli. Ia bukan common sense. Ia juga tidak sesuai untuk orang yang blur-blur dan main hantam sahaja tanpa ilmu. Sifu Rumah Lelong merupakan satu panduan yang lengkap dan perkongsian penuh inspirasi bagaimana seseorang boleh melakukan pelaburan hartanah dari pasaran lelongan dan menjana keuntungan berlipat kali ganda dengan penuh bergaya. Ia ditulis dengan bahasa yang mudah dan berjaya mengekalkan keterujaan pembacanya. Siap dengan gambar sebenar dan case study dari pengalaman beliau sendiri. Pendek kata, bila dah siap baca ebook ini, memang terasa terus nak masuk lelongan hari ini juga! Selain panduan langkah demi langkah...

Pengumuman, peta dan gambar

Dua hari lepas, saya dah email kepada semua peserta yang mendaftar untuk hadir ke seminar sabtu ini Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah Tapi ada antara peserta yang beritahu mereka tak dapat email tu walaupun alamat email dah betul dah dan juga ada seorang atau dua orang yang membuat bayaran ke akaun Sifu Pie yang saya tak dapat alamat email mereka Oleh yang demikian, elok jika saya tulis di sini apa yang peserta perlu tahu dan bawa. Seminar akan diadakan mengikut butiran berikut: Tarikh: 16 Mac 2013 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang Tempat:No 12-1 , Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, Kajang, Selangor. Pendaftaran akan bermula pada jam 8.30 - 9.00 pagi. Pakaian -Pakaian Kasual Apa yang perlu dibawa? 1) Pen dan buku nota 2) Jaket / shawl / baju panas, jika suhu bilik sejuk atau tidak menentu. 3) Kalkulator. Penggunaan kalkulator di telefon bimbit boleh cuma kurang digalakkan kerana kurang selesa untuk mengira angka yang besar. 4) Sne...