Dah 13 hari GST berkuatkuasa dan beroperasi di Malaysia. Goods and Service Tax. Tapi memandangkan hanya pada 11 April saya berada di Malaysia, baru 3 hari saya merasa kesannya pada wang poket saya. Keluar je dari Lapangan Terbang KLIA2, saya perlu membeli topup Maxis Hotlink RM30. Tapi kena bayar RM 31.80. Wohooo.. selamat datang ke dunia GST. GST ni bukan sistem percukaian baru. Memang dah banyak negara aplikasikannya termasuklah di Thailand, destinasi terakhir pengembaraan 13 hari Indochina saya. Tetapi di Thailand, mereka panggil sebagai VAT. Value Added Tax. Sama je. Dalam mengalami impak jangka pendek GST ni, saya terfikir nak review perbezaan GST dengan sistem percukaian Islam. Jom kita lihat. Sistem Percukaian Islam. Dalam sistem percukaian Islam, zakat dibayar oleh orang yang mempunyai harta melebihi sukatan yang ditetapkan. Ini bermakna, orang yang lebih berada sahaja yang membayar cukai dan hasilnya digunakan untuk membantu orang yang fakir, miskin, ...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.