Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ahyat ishak

Input raya sampai kembung

Rasanya belum terlewat lagi kan untuk ucapkan Selamat Hari Raya. Raya di mana haritu? Balik kampung? Tapi nampaknya sambutan Hari Raya masih hangat lagi. Yelah.. puasa sebulan, raya pun sebulan la kan.. Hmm sambut raya sambil makan-makan sambil dapat tips pelaburan hartanah dari otai Macam menarik juga kan. Boleh tanya soalan, boleh jelaskan apa yang kabur dan boleh la ambik aura. Amacam?  23 Julai 2016 nanti, jam  10 pagi - 6 petang ada sambutan Aidilfitri di Damansara Damai. Makan free hehehe Yang lagi syok sebab ada Bicara Pelaburan Hartanah dari dua speaker tersohor di Malaya Faizul Ridzuan dan Ahyat Ishak wowww kombinasi terbaik. Jadi, sambil imput lemang dan rendang di perut, kita input ilmu di kepala.  Best. Kalau berminat nak pergi dan untuk maklumat lanjut, boleh call 03-61571900 Oh ya, sekali dengan sambutan Aidilfitri ni, ada majlis pelancaran projek baru juga. Projek baru dengan 1050 sqft dengan harga bermula dari RM450K Dev...

Tahun 2016 untung ke tak?

Ahad ni 24 April ke mana? Apa kata kita update diri dengan perkembangan terbaru pelaburan hartanah. 2016 ni tahun yang bagus beli ke? Ke tahun patut tunggu dan lihat? Bertempat di Setia Putrajaya Galleria, satu property talk oleh tiga orang speaker hebat akan diadakan pada jam 1.00 tengahari - 4.00 petang. Speakernya adalah - Ahyat Ishak (CEO The Strategic Property) - Amsyari Zahir (Founder AMACC Management Services) - Norisah Ibrahim (perancang kewangan Islam) Masuk percuma tau. Cuma kena RSVP la. Hubungi 03-88616500

Beli rumah Fasa 1 sengeh lebar

Bandar Baru Salak Tinggi nampaknya akan ada projek perumahan baru. Greenwoods Salak Perdana namanya. Fasa pertama projek ini akan menawarkan rumah teres berkeluasan 20x70. Pemajunya Paramount Property. Tanah freehold. Hmm.. sebut pasal rumah dalam pembinaan, salah satu tips buat duit melalui rumah dalam pembinaan adalah beli dari fasa awal projek. Kalau projek tu besar dan ada beberapa fasa, tangkap satu, atau dua unit semasa baru pelancaran fasa 1. Sebab masa fasa 1, harga lebih murah. Pemaju pun baru mulakan projek kan. Jadi harga ala-ala promosi lah. Bila sambutan dah bagus, fasa 1 dah nak sold out atau dah sold out, pemaju akan buka fasa 2. Masa tu keyakinan pemaju pun dah tinggi. Jadi, jangan harap lah fasa 2 akan dijual dengan harga yang sama dengan fasa 1 dulu. Yang dah beli fasa 1, sengeh lebar lah masa tu.. Buat untung masa beli rumah. Kan... Balik kepada projek Greenwoods ni, 10 haribulan Oktober tempoh hari, encik Ahyat Ishak dan encik Aziz Ahma...