Artikel ini sesuai untuk mereka yang tidak arif dengan pemasangan aircond. Hanya tahu guna sahaja (seperti saya lah... huhu) Mereka yang dah arif, mungkin merasakan artikel ini terlalu asas. Ok Ini gambar outdoor unit aircond atau penghawa dingin. outdoor unit ni adalah kotak 4 segi aircond yang diletakkan di luar rumah. Apa yang tak kena pada gambar di atas ini? Cuba bandingkan pula dengan gambar ini? Nampak tak perbezaannya? Sebenarnya bezanya pada material yang digunakan untuk penyambungan pada outdoor unit tu. Saya tak tahu istilah sebenar, tapi ada dua paip yang dipasang pada outdoor unit ini. Kedua-duanya mestilah paip copper atau tembaga. Sila rujuk gambar kedua di atas ini. Copper ni mahal, kawan-kawan. Biasa kalau pasang aircond, kontraktor sudah mengambil kira pemasangan copper sepanjang 10 kaki dalam harga pemasangan tu. Kalau lebih dari 10 kaki, setiap kaki tu akan dikira harga berasingan. Ok, balik kepada gambar pertama. Sebenarnya ai...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.