Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bajet 2019

Belanjawan 2019: Dari Perspektif Hartanah dan Kewangan Peribadi

Belanjawan 2019 Wowww.. dah lama tak dengar perkataan Belanjawan kan. Dah banyak tahun sejak pentadbiran Tun M yang pertama kali dulu, Tun M gunakan perkataan Bajet. Tapi kali ni sempena Malaysia Baru, Tun M sendiri kembalikan perkataan Belanjawan. Saya suka kerana Bahasa Melayu ada perkataan sendiri. Tak perlu import perkataan Budget dan jadikan Bajet lagi. Baik, apa yang ada dalam Belanjawan 2019 kali ini untuk bidang hartanah dan kewangan peribadi? OK, kita tengok dari segi HARTANAH dulu ya. 1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gain Tax (RPGT)  CKHT bagi hartanah yang dilupuskan pada tahun keenam dan ke atas. - untuk pemilik yang terdiri dari syarikat dan bukan warganegara, CKHT akan dinaikkan dari 5% ke 10% dari keuntungan - untuk pemilik individu warganegara, CKHT dinaikkan ke kadar  0% ke 5% dari keuntungan. Maknanya kalau sebelum ni, owner rumah yang rakyat Malaysia , gigih tunggu cukup masuk tahun keenam baru nak jual. Sebab ta...