Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel belanjawan

Belanjawan 2021 yang bersejarah: Panas tapi menarik ke untuk bidang hartanah dan kewangan?

Beberapa hari lepas, Belanjawan 2021 pada dasarnya telah diluluskan di Parlimen. Nampaknya disebabkan majoriti sangat tipis dan disebabkan penularan Covid 19, belanjawan kali ni sangat adventure untuk diluluskan.  Tak seperti tahun-tahun sebelum ini. Sebelum ini, apabila pembentangan dilakukan oleh Menteri Kewangan, memang confirm lulus.  Sebab parti yang memerintah ada majoriti yang selesa untuk luluskan belanjawan. Tapi kali ini, silap haribulan, ada kemungkinan belanjawan tak diluluskan di Parlimen kerana majoriti sokongan kerajaan Perikatan Nasional sangat nipis.  Bila ada beberapa orang lompat sokongan atau tak hadir ke sesi undian kelulusan Belanjawan di Parlimen, ia boleh tidak diluluskan. Dalam erti kata lain, memberi makna kerajaan memerintah hilang majoriti. Jika ia berlaku, kita terpaksa buat pilihanraya umum semula. Tapi disebabkan Covid 19, rakyat tak mahu ada pilihanraya. Cukuplah peningkatan berganda kes Covid 19 sekarang disebabkan pilihanraya Negeri Sabah...