Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel beli rumah

Etika bila nak tanya lawyer pasal jual dan beli rumah kita

Mendengar luahan dan berkongsi pengalaman dari lawyer yang buat conveyancing... Buat saya rasa nak tulis di sini. Sangat tak bagus kalau - kita lantik lawyer A sebagai lawyer spa - lepas tu bila dapat draft spa, kita contact lawyer B untuk tanya ok tak spa ni? Dan tanya macam-macam soalan. Aiseyman kawan-kawan... Lawyer ni, menguruskan spa lah antara periuk nasi mereka. Begitu juga khidmat nasihat berkaitan pembelian sesebuah rumah. Pengalaman dan ilmu mereka yang mahal dan mereka hidup dengan ilmu ini. Jadi, jangan la kita minta servis free dari mereka sedangkan kita bayar lawyer lain. Kalau nak tanya dan ada apa-apa kemusykilan, tanyalah lawyer yang kita lantik tu lah. Kita bayar mereka kan... Kalau tak percaya, baik jangan lantik mereka dari awal. Kalau kita lebih percaya lawyer B berbanding lawyer A, haaa lebih baik lantik lawyer B je. Bukan lawyer A. Jangan pula sebab lawyer B ni sedara-mara kita atau kawan-kawan rapat, kita nak ambik kesempatan. Tak baik kan.....

Pasangan bahagia terpaksa buat joint loan. Lepas tu macamana?

Sabtu baru-baru ni saya bertemu dengan seorang owner di Cyberjaya. Beliau nak sewakan rumahnya yang baru dapat kunci. Pasangan suami isteri yang bahagia. Anak seorang. Seronok berjumpa mereka. Ini rumah kedua mereka. Rumah pertama adalah rumah yang mereka duduk. Oleh kerana rumah pertama yang mereka beli tu untuk duduk, ia tak memberi mereka aliran wang masuk. Jadi, untuk rumah kedua, guna income seorang tak cukup melayakkan dapat pinjaman. Jadi, terpaksa buat joint loan. Pada asasnya saya kurang galakkan guna joint loan sebab rugi kuota loan 90%. Nanti dua-dua suami dan isteri dan ada 2 rumah. Bila nak beli rumah seterusnya, jadi 70% loan je. Tapi kalau dah cuba mohon pelbagai bank dan tak lepas juga  bila seorang,  buat je la dulu  joint loan. Itu lebih baik dari langsung stuck tak dapat tambah aset. Lepas ni baru kita fikir macamana nak releasekan satu nama. Gaji mungkin naik kan.. jadi boleh la refinance di masa depan. Masa refinance tu pakai la...

Gossip rumah semasa kenduri kahwin

Berada di Pasir Mas, menghadiri majlis perkahwinan kawan saya. Ketika sedang makan, saya berbual dengan seorang bapa saudara kawan. Orang kelantan juga. Mesra dipanggil sebagai Ayah Long. Ayah Long sekarang pesara Keretapi Tanah Melayu, berumur 73 tahun. Borak punya borak, beliau berkongsi yang ada orang nak beli rumahnya di Kuala Krai. Dulu masa pencen, dapat duit pencen dan duit ganjaran. Dia gunakan duit tu untuk beli rumah. Katanya, kalau tak beli rumah, dalam 3, 4 bulan duit tu mesti habis. Beringat masa depan, beliau beli rumah tu tapi sebahagiannya buat pinjaman juga dengan Bahagian Pinjaman Perumahan. Sebulan bayar dalam RM 122. Lagi 2 tahun pinjaman habis. Dia tak ingat berapa harga rumah tu masa dia nak beli tu. Tapi saya jangka sangat murah la tu.. sebab katanya, kawan lain yang bukan nak pencen, ansuran tak sampai 100. Dia punya je sebab dah nak pencen sangat, ansuran jadi  rm122. Sekarang ni, ada orang tawarkan nak beli rumahnya dengan haga RM 400k++ k...

rasanya mendung atau sinar?

2 minggu lepas dan minggu sebelumnya saya terlalu sibuk dengan peperiksaan sampai tak sempat dan terlupa nak war-warkan artikel terbaru saya yang diterbitkan di majalahniaga.com artikel ni "Pelaburan Hartanah 2012: Mendung atau sinar" mungkin ramai dah membacanya tapi tak per lah.. untuk yang belum membaca dan untuk rekod di blog ini, saya kongsikan juga boleh baca di sini Sebenarnya saya menjangkakan tahun 2012 pelaburan hartanah masih agak suram sedikit mendung Jualan projek baru akan sedikit menurun atau setidaknya akan kekal di tahap seperti di 2011 Kenapa? Sebab LTV 70% nampaknya banyak menyekat pelaburan hartanah yang junior atau pelabur yang kurang mempunyai wang tunai Terpaksa berharap pada pelabur hartanah yang dah memang berjuta-jutawan atau ahli perniagaan besar yang ingin menggunakan hartanah sebagai tempat simpanan modal mereka atau sebagai pendapatan tambahan Satu lagi, sektor ini terpaksa bergantung pada mereka yang belum pernah membeli ruma...