Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel beli rumah kababoom

Etika bila nak tanya lawyer pasal jual dan beli rumah kita

Mendengar luahan dan berkongsi pengalaman dari lawyer yang buat conveyancing... Buat saya rasa nak tulis di sini. Sangat tak bagus kalau - kita lantik lawyer A sebagai lawyer spa - lepas tu bila dapat draft spa, kita contact lawyer B untuk tanya ok tak spa ni? Dan tanya macam-macam soalan. Aiseyman kawan-kawan... Lawyer ni, menguruskan spa lah antara periuk nasi mereka. Begitu juga khidmat nasihat berkaitan pembelian sesebuah rumah. Pengalaman dan ilmu mereka yang mahal dan mereka hidup dengan ilmu ini. Jadi, jangan la kita minta servis free dari mereka sedangkan kita bayar lawyer lain. Kalau nak tanya dan ada apa-apa kemusykilan, tanyalah lawyer yang kita lantik tu lah. Kita bayar mereka kan... Kalau tak percaya, baik jangan lantik mereka dari awal. Kalau kita lebih percaya lawyer B berbanding lawyer A, haaa lebih baik lantik lawyer B je. Bukan lawyer A. Jangan pula sebab lawyer B ni sedara-mara kita atau kawan-kawan rapat, kita nak ambik kesempatan. Tak baik kan.....

Sembang buku suara serak

Batuk pun banyak bercakap juga. Haah.. ikutkan saya batuk hari ni. Suara pun dah serak dan tak berapa nak keluar. Tapi dah janji kan nak buat sesi sembang santai buku hari ni. Jadi, takde hal punya. Alhamdulillah sesi Gelanggang Oakheart #8 mengenai buku Beli Rumah Kababoom! tadi dah pun berjalan dengan baik. Sesi berlangsung di Kafe Buku Oakheart (KABO) di seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Sebenarnya meskipun ini sesi sembang buku Kababoom ni, soalan yang ditanya dan dibincangkan tidak terhad kepada apa yang ada dalam buku je. Ada yang bertanya soalan advanced tadi, seperti berkaitan dengan kaveat, kelayakan pinjaman buat orang yang bekerja sendiri, pewarisan dan motivasi pelabur. Bagi saya, saya cuba jawab sebaik mungkin setakat pengetahuan saya. Kalau kawan-kawan nak tahu, Legasi Oakheart la yang buat kerja-kerja editing, prufreading dan design layout buku ini. Sampai merah-merah mata Hafiz dan Farahin bersengkang mata untuk buku ni. Ada beberapa ketika, saya join s...