Dah beberapa hari tak sempat update blog. Kehidupan agak kacau bilau. Sabtu lepas saya memburu serigala dengan kawan-kawan di MIECC, Mines. Big Bad Wolf 2013 Kami pergi dalam jam 6.15 pagi ke sana. Memang tak ramai orang masa tu. Dengarnya siapa yang pergi jam 3 pagi masih ramai. Big Bad Wolf menawarkan buku-buku pada harga yang sangat murah. Buku yang biasanya dalam harga RM 30 - RM 40 dijual dengan harga RM 8 ke RM 12 sahaja. Ada juga buku dijual serendah RM 3 dan ada buku yang berkulit tebal, memang tebal dan penuh berwarna dijual pada harga RM 20 sahaja. saya pasti jika di luar, harganya melebih RM 50 atau boleh mencecah melebihi RM 100. Kebanyakan buku adalah berbahasa inggeris Tetapi pada tahun ini ada kenaikan bilangan buku berbahasa Melayu. Big Bad Wolf akan berlangsung hingga 15 Disember ini. Dibuka 24 jam. Tak ada tutup langsung sepanjang tempoh jualan ini. Surau dan tempat makan ada disediakan. Jadi boleh berkampung berjam-jam di sana.. ...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.