Akhir-akhir ini pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan banyak yang menawarkan kadar pinjaman rendah ada yang 3.99% ada yang 4.5% ada yang 5% tempoh pinjaman pun boleh pergi hingga 20 atau 25 tahun. bagi kakitangan awam, pinjaman perumahan kerajaan ditawarkan pada kadar 4%. situasi ini menyebabkan kumpulan FB Property N Co menerima soalan ini dari tuan Fauzan. Soalan yang membuka satu perbincangan ilmiah yang bagus di sana. Soalan ini juga memberi ilham kepada saya untuk hasilkan satu penerangan berbentuk video. Kita anggap pembeli hendak membeli sebuah rumah berharga RM 100,000 Jadi, saya buat perbandingan sekiranya beliau mendapat pinjaman perumahan dengan margin 90% kadar pinjaman 4% selama 20 tahun dan membandingkan dengan pinjaman peribadi RM100,000 atas kadar faedah dan tempoh yang sama. Hm.. kalau lah peminjam mendapat margin 100% pinjaman perumahan bernilai RM 100,000 pun, hasilnya tetap sama. Pinjaman perumahan yang berasas...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.