Selamat pagi semua. Saya berada di Jengka hari ini. Kejap lagi nak bantu mak mengecat rumah. Tapi tadi saya terbaca satu soalan ahli Kelab Alien Hartawan mengenai memilih shoplot. Jadi, saya beri respon di sana, dan saya rasa elok saya kongsi sekali lagi di sini. Memang ramai pelabur yang selepas membeli beberapa rumah, mereka rasa syok pulak nak cuba beli unit komersial. Tak kisahlah kedai atas tanah ke, unit pejabat ke atau retail lot. Tapi macamana nak tahu itu unit komesial tu bagus atau tidak untuk dibeli? ok.. Nak beli shoplot atau unit komersial, sebahagian ilmu yang ada dalam hartanah kediaman tak boleh pakai. Penilaiannya berbeza. Bukan tengok lampu menyala waktu malam, bukan sekadar tengok double park atau tidak. Bukan hanya tengok ada LRT atau IPT berhampiran atau tidak. Secara ringkas saya ceritakan, paling penting dalam memilih hartanah komersial adalah 2 ty ty ni: 1) Visibility - mudah tak trafik nampak unit tu. Mengadap jalan ...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.