Sambungan episod 1 semalam, KLIK DI SINI. Pembeli dah bayar deposit 5%, sign s&p, markup s&p dan mahu sewa cepat rumah tu sementara tunggu proses tukar hakmilik selesai. Pembeli dah pindah masuk. Tandatangan s&p dalam hujung April. Hujung Julai Peguam penjual tiba-tiba whatsapp saya beritahu yang pembeli belum dapat pinjaman. Alamak.. dah lama dia sign s&p ni. Kata peguam, buyer ni nampak bermasalah. Pinjaman belum lulus (atau mungkin takkan lulus). Kata peguamnya, sangkut pada insurans. Saya pun tak faham macamana tak lepas buat insurans, boleh kesan pada pinjaman. Tapi kesimpulannya, pinjaman tak lulus lah. Deposit pun baru bayar 5% kan... Yang baki 5% nak keluar duit kwsp tu entah mana.. tak nampak bau duit kwsp pun. 26 Julai 2017 saya dimaklumkan oleh penjual yang sewa bulan Julai belum dibayar. Maintenance fee dah beberapa bulan tak dibayar, walaupun persetujuan asalnya pembeli akan bayar maintenance fee bila dia dah start menyewa. ...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.