Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel homestay

Jengka Ceria Homestay: jana pendapatan pasif di rumah

Saya pernah berkongsi mengenai gaya hidup orang Jerman. Mereka membina rumah dalam 2 atau 3 tingkat, satu tingkat ada satu atau dua pintu. Maknanya dalam satu bangunan kediaman, ada 2 - 6 unit rumah di dalamnya. Satu rumah mereka duduk,  Rumah lain mereka sewakan. Dengan cara ini, mereka menikmati pendapatan pasif secara bulanan. Kalau mahu baca dengan lebih lengkap, boleh klik artikel terahulu saya ini DI SINI. Mengambil semangat dan keazaman yang sama, maka kakak saya, puan Noor Azlina sendiri telah membina 3 bilik penginapan homestay di rumahnya. Semasa beliau mengubahsuai rumah, beliau masukkan dalam pelan dan bajet untuk ada 3 bilik ini siap dengan bilik air masing-masing. Jadi, bolehlah ia menjana pendapatan sebagai homestay. Jengka Ceria Homestay. Lokasinya di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Tak jauh dari UITM Jengka. Keunikan bilik homestay ini adalah ia lebih bajet berbanding homestay lain di sana. Kerana homestay lain tu, sewa satu rumah terus. Jadi ...

Serena Guest House menyelesakan tidur anda

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. Saya bantu musafir, pekerja dan keluarga mendapatkan penginapan yang selesa berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Alhamdulillah.. Homestay pertama saya dan rakan usaha telah pun sedia untuk disewa. Homestay ini diberi nama Serena Guest House Lokasi di Villa Tropika, Jalan Bistari, Off Jalan Tropika, Taman Tropika, Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi. Ia merupakan apartment 3 bilik dan 2 bilik air yang luas. 1 bilik air berada di dalam bilik utama. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ada urusan kerja di UKM atau di sekitar Bandar Baru Bangi. Atau untuk keluarga yang mahu meraikan konvokesyen di UKM, Uniten atau Infratrsucture University. Atau untuk keluarga yang ingin menghadiri majlis perkahwinan di kawasan berhampiran/ Kelengkapan yang disediakan di sini adalah: Ruang tamu dan ruang makan: - sofa, tv LCD flat screen 32 inci, 2 meja kopi, kipas, aircond dan 1 set meja makan. Bilik u...