bro, orang lain lu boleh kencing wa lu jangan cuba lu nampak wa perempuan, tapi lu tak boleh kencing gua ini ayat dalam hati saya kawan2 pembaca blog wanita biasa tak kawan2 rasa kurang yakin nak pergi bengkel kereta takut mekanik tu kelentong? biasa tak rasa kekok dan tak tahu nak beli barang macamana masa ke kedai hardware bila cari part nak baiki paip? saya rasa majoriti wanita ada perasaan ini kita rasa kurang yakin kemudian kita rasa dan kita dapati peniaga / mekanik lelaki tu cuma ambil kesempatan jual harga lebih mahal jual barang yeng rendah kualiti atau baiki cincai buncai yup, saya ada rasa yang sama masa nak cari kontraktor pasang jubin saya tak ada pengalaman pasang jubin saya rancang nak beli barang sendiri cuma panggil orang pasang jubin pasang lampu dan kipas, saya dah ada technician yang biasa pakai cat nak buat sendiri je jadi saya nak cari kontraktor yang bagus dan harga berpatutan cuba tanya di FB, takde siapa bagi respon.. mungkin ramai...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.