Sambungan perkongsian pengalaman saya INI sebagai peserta Supreme Diamond Intensif Jutawan Industri. Sebenarnya saya dah tutup kes ini. Ia sudah jadi arkib. Tapi memandangkan ramai yang masih kecoh di luar sana, maka saya tuliskan apa yang berlaku seterusnya dan kesudahannya. Saya tidak buat fitnah atau cuba memburukkan sesiapa. saya hanya berkongsi pengalaman. Ia fair comment dan kejadian benar. Beberapa hari sebelum Aidil Fitri , iaitu seminggu selepas ARTIKEL INI ditulis, saya dimaklumkan oleh rakan saya, Syahman bahawa beliau ada menerima sms memintanya memilih tarikh sesi group mentoring pada bulan September nanti. 3, 4 atau 5 September 2013. Mungkin inilah 'sesuatu' yang dikatakan oleh Azizan Osman di Facebook tu. Mungkin juga inilah sesi live group mentoring yang akan menggantikan sesi online personal coaching seperti yang dijelaskan oleh page FB Alumni mereka. Saya tidak pula menerima sms yang sama. Tak apa.. saya tunggu... mereka janji lepas raya kan.....
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.