Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jengka ceria homestay

Jengka Ceria Homestay: jana pendapatan pasif di rumah

Saya pernah berkongsi mengenai gaya hidup orang Jerman. Mereka membina rumah dalam 2 atau 3 tingkat, satu tingkat ada satu atau dua pintu. Maknanya dalam satu bangunan kediaman, ada 2 - 6 unit rumah di dalamnya. Satu rumah mereka duduk,  Rumah lain mereka sewakan. Dengan cara ini, mereka menikmati pendapatan pasif secara bulanan. Kalau mahu baca dengan lebih lengkap, boleh klik artikel terahulu saya ini DI SINI. Mengambil semangat dan keazaman yang sama, maka kakak saya, puan Noor Azlina sendiri telah membina 3 bilik penginapan homestay di rumahnya. Semasa beliau mengubahsuai rumah, beliau masukkan dalam pelan dan bajet untuk ada 3 bilik ini siap dengan bilik air masing-masing. Jadi, bolehlah ia menjana pendapatan sebagai homestay. Jengka Ceria Homestay. Lokasinya di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Tak jauh dari UITM Jengka. Keunikan bilik homestay ini adalah ia lebih bajet berbanding homestay lain di sana. Kerana homestay lain tu, sewa satu rumah terus. Jadi ...