Sabtu lepas, 22 September 2012 telah berlangsung Mesyuarat Agung Badan Pengurusan Bersama Neocyber untuk kali ke3. (Annual General Meeting for Neocyber Joint Management Body) Badan Pengurusan Bersama atau dalam bahasa inggerisnya Joint Management Body ni merupakan satu badan yang dianggotai oleh pihak pemaju dan semua pemilik unit di dalam sesebuah bangunan. Ia diperuntukkan di dalam Akta 663, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pegurusan) 2007 Jadi, semua urusan penubuhan dan pengendalian JMB mestilah mengikut peruntukan di dalam undang-undang ni Sebenarnya JMB ni bersifat sementara.. sementara sesebuah bangunan tu belum mendapat strata title individu lagi Bila strata title individu dah keluar, akta ni dah tak terpakai. Kita akan tertakluk pada Akta 318 iaitu Hakmilik Strata pula Tiada lagi JMB, hanya tinggal Management Corporation yang dianggotai oleh semua pemilik, tiada lagi wakil pemaju. Saya boleh menulis dengan lebih terperinci mengenai JMB memandan...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.