Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jutawan industri

Kesudahan Seminar Dr Azizan Osman: Personal Coaching yang Hilang

Sambungan perkongsian pengalaman saya INI sebagai peserta Supreme Diamond Intensif Jutawan Industri. Sebenarnya saya dah tutup kes ini. Ia sudah jadi arkib. Tapi memandangkan ramai yang masih kecoh di luar sana, maka saya tuliskan apa yang berlaku seterusnya dan kesudahannya. Saya tidak buat fitnah atau cuba memburukkan sesiapa. saya hanya berkongsi pengalaman. Ia fair comment dan kejadian benar. Beberapa hari sebelum Aidil Fitri , iaitu seminggu selepas ARTIKEL INI ditulis, saya dimaklumkan oleh rakan saya, Syahman bahawa beliau ada menerima sms memintanya memilih tarikh sesi group mentoring pada bulan September nanti. 3, 4 atau 5 September 2013. Mungkin inilah 'sesuatu' yang dikatakan oleh Azizan Osman di Facebook tu. Mungkin juga inilah sesi live group mentoring yang akan menggantikan sesi online personal coaching seperti yang dijelaskan oleh page FB Alumni mereka. Saya tidak pula menerima sms yang sama. Tak apa.. saya tunggu... mereka janji lepas raya kan.....

Intensif Jutawan Industri

23 hingga 25 November 2012, Richworks telah menganjurkan seminar Intensif Jutawan Industri. Seminar ini disampaikan sepenuhnya oleh jurulatih kejayaan No 1 Malaysia, Dr Azizan Osman. Seminar ini sangat bagus kerana ia mengajar kita bagaimana menjadi jutawan dalam industri dalam masa kurang dari 3 tahun. Ia dapat dicapai apabila kita menjadi pakar di dalam sesuatu bidang yang niche dan kemudiannya kita menambah nilai pada orang lain. Komsepnya mudah. Untuk menjadi kaya, kita perlu bantu ramai orang lain menjadi kaya dahulu. Ada 3 elemen penting untuk menjadi jutawan industri: 1) Positioning - bagaimana anda meletakkan diri anda sebagai pakar di dalam sesuatu bidang yang khusus tersebut. 2) Packaging - bagaimana cara manusia belajar dimanipulasi untuk menghasilkan variasi produk-produk untuk menambah nilai penggunanya 3) Promotion / Marketing - bagaimana kempen pemasaran dijalankan untuk meningkatkan jualan produk-produk ini mengikut bajet masing-masing. Selain ...

Seminar Jutawan Industri

Semalam saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman Seminar diadakan di Dewan MCA, Jalan Ampang. Tapi kali ni saya kena duduk di atas sebab datang lewat. Datang lewat sebab bila nak keluar rumah, Simon sibuk lari-lari keluar sama. Kemudian dia menyorok bawah sofa rumah jiran yang diletakkannya di depan rumah. aishhh.... Ok, Seminar Jutawan Industri ini masih lagi menekankan elemen perkara-perkara yang M.E.S.T.I ada jika anda ingin berjaya. M adalah Mentor E adalah Elmu S adalah Strategi T adalah Tindakan I adalah Inspirasi yang kuat dan Intention yang betul Selain itu, Dr Azizan berkongsi 6 langkah bagaimana untuk membina jenama sebagai pakar di dalam industri atau bidang masing-masing Mengikut Dr Azizan, semakin bergerak seseorang itu di dalam langkah tersebut, semakin besar pendapatan yang akan dan boleh diterimanya dan semakin kukuh jenamanya. Apa langkah tersebut? haaa.... yang ni, mari kita sama-sama ambil dari Dr Azizan sendiri. Semal...