Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kembara

Kadang-Kadang, Saya Tipu Masa Travel Solo

Bila saya travel solo, ada satu soalan yang selalu muncul, terutama dari pemandu tuktuk,  teksi motor atau pemandu beca. Soalannya adalah... ( Selepas diterjemah ke bahasa melayu..) "Sorang ke?" Jawapan saya jujur? Ya, saya travel seorang. Tapi biasanya akan ada soalan susulan.  "Suami mana?" Haaa kat sini akan muncul jawapan bohong sunat. "Oh, suami kerja, tak dapat ikut travel." Hehehe.... Bukan sebab saya takut atau fikir yang bukan-bukan. Tapi kadang-kadang, lebih senang macam tu. Sebab kalau saya cakap saya single dan travel solo, terus ada sesi soal jawab yang panjang: "Oh, belum kahwin? Kenapa belum kahwin?" "Tak ada boifren ke?" "Tak risau travel sorang?" Dan kalau di negara yang pemikirannya lebih konservatif, lagi panjanglah topik tu. Dari “tak kahwin lagi?” boleh berkembang jadi sesi motivasi kahwin dan contoh-contoh tauladan jiran tetangga dia yang berkahwin. Kadang-kadang saya okay je nak sembang. Tapi...

Travel bukan perawat, tapi jeda.

Travel Bukan Perawat, Tapi Jeda Aku dah lama sedar—travel bukan ubat. Dia tak ada kuasa magik untuk sembuhkan hati yang retak, atau pulihkan luka yang dalam.  Tapi travel ada satu benda yang sukar nak dapat dalam kehidupan biasa: jeda. Jeda dari rutin. Jeda dari suara yang terlalu bising dalam kepala. Jeda dari perasaan yang bersimpul-simpul, yang dalam kehidupan biasa mungkin terlalu berselirat untuk dirungkai. Bila aku travel, aku rasa masa seolah-olah berhenti sekejap. Aku tak perlu kejar deadline. Tak perlu fikir apa orang nak kata. Tak perlu pura-pura okay.  Aku hanya perlu berada dalam momen—di sebuah kota asing, di tepi pantai yang belum pernah aku jejak, di sebuah kedai kopi kecil yang sunyi, memerhati hidup orang lain sambil cuba memahami hidup sendiri. Sebab itu, masa travel, aku suka baca buku self-help atau buku tentang self-love. Masa kita terjeda, minda lebih terbuka untuk menyerap sesuatu yang baru.  Kalau dalam kehidupan biasa kita hanya ulang-ulang skrip ...