Saya Dah Sertai Firma Guaman Ramai yang mungkin tak tahu. Sebenarnya saya ada dua ijazah dan satu diploma lanjutan. Ijazah pertama saya dalam Teknologi Maklumat. Sarjana Muda Teknologi (UTP, 2002). Lepas tu saya sambung belajar undang-undang. Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (UiTM, 2012). Kemudian saya ambil pula Diploma Lanjutan Amalan dan Syariah (UiTM, 2013). Walaupun ada kelulusan undang-undang, saya bukan peguam bertauliah. Saya belum lengkapkan syarat untuk jadi peguam beramal. Tapi minat dalam bidang undang-undang masih kuat. Dan sekarang... saya terlibat semula dalam industri undang-undang. Bukan sebagai peguam, tapi sebagai Business Development Manager di firma guaman. Saya kini secara rasmi bersama Murni & Co Advocates & Solicitors . Peranan saya lebih kepada bantu dari sudut pemasaran. Saya cari prospek. Dan sambungkan orang dengan servis legal yang sesuai. Apa yang Murni & Co tawarkan? • Urusan hartanah dan conveyancing. • Jual beli ru...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.