Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel paramount property

Beli rumah Fasa 1 sengeh lebar

Bandar Baru Salak Tinggi nampaknya akan ada projek perumahan baru. Greenwoods Salak Perdana namanya. Fasa pertama projek ini akan menawarkan rumah teres berkeluasan 20x70. Pemajunya Paramount Property. Tanah freehold. Hmm.. sebut pasal rumah dalam pembinaan, salah satu tips buat duit melalui rumah dalam pembinaan adalah beli dari fasa awal projek. Kalau projek tu besar dan ada beberapa fasa, tangkap satu, atau dua unit semasa baru pelancaran fasa 1. Sebab masa fasa 1, harga lebih murah. Pemaju pun baru mulakan projek kan. Jadi harga ala-ala promosi lah. Bila sambutan dah bagus, fasa 1 dah nak sold out atau dah sold out, pemaju akan buka fasa 2. Masa tu keyakinan pemaju pun dah tinggi. Jadi, jangan harap lah fasa 2 akan dijual dengan harga yang sama dengan fasa 1 dulu. Yang dah beli fasa 1, sengeh lebar lah masa tu.. Buat untung masa beli rumah. Kan... Balik kepada projek Greenwoods ni, 10 haribulan Oktober tempoh hari, encik Ahyat Ishak dan encik Aziz Ahma...

Utropolis: jalan kaki je pergi kelas.

Bagaimana kalau saya katakan, ada projek baru cun dengan harga kurang dari  RM 300K? Projek tu pula dekat giler dengan kampus universiti baru yang akan dibuka pada tahun 2015. Nak lagi best, area tu nak cari freehold susah.. banyak leasehold. Tapi projek ni freehold... Kemudian akan dibina retail lot pula di bawah tu... untuk shopping-shopping, cuci mata dan beli barang keperluan. Kalau tengok lokasinya tu, sebelah Subang Jaya. Jadi ada potensi tempat ni boleh jadi sehebat Subang. ahaaa... apa macam? Masa saya dapat tahu ada projek ni, saya nampak potensi yang besar di sini. Pertama kerana ada wow factor. ada IPT dan shopping mall. saya selalu tekankan, cari wow factor bila beli rumah under construction. Kedua, sebab freehold. Jika kita ambil beberapa projek yang sedia ada yang freehold di kawasan ini, memang kenaikan harga sangat baik. Dan kalau gerak ke kiri sedikit, semuanya dah leasehold. Ketiga, ada matching atau pemadanan jenis hartanah dan infrastruktu...