Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pkns

Bangi pun ada SOHO. EVO SOHO

Saya baru pulang dari bercuti Hari Raya Aidladha semalam. eh... Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua! Di rumah mak, tak ada talian internet. Ada 2 kali je abang saya bawa balik modem wifi celcom dia. Tapi sekejap je ada.. Jadi, tak dapatlah saya update blog sepanjang bercuti raya baru-baru ini. Kebetulan terlupa bayar bil DIGI, Jadi handphone pun kena bar. tak dapatlah terima mesej di whatsapp. Jadi, semalam, bila sampai je ke rumah saya, saya terus buka notebook dan periksa email. Oh,, rupanya ada satu email dari sifu Faizul Rizuan. Beliau memaklumkan saya yang beliau ada talk semasa majli prebiu EVO SOHO. Butiran majlis tersebut adalah : Tarikh  :  19 Oktober 2013 Masa : 10.30am Lokasi : PKNS Andaman Sales gallery di Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia Sebenarnya ramai juga yang bertanya saya mengenai EVO SOHO ini. Jadi, di sini saya tulis sedikit mengenai projek ini. EVO merupakan projek SOHO usaha...

Peluang! Wang Tunai RM10K Melayang ke Sisi

Saya bermula dengan rumah PKNS. Bangga pula saya mengeluarkan ayat di atas. Ya, saya mula membeli rumah pertama pada tahun 2006, iaitu sebuah rumah kos rendah yang dibina atas kerjasama PKNS dan Getaris Sdn Bhd. Kata orang, segalanya bermula dengan langkah pertama kan. Tiada langkah pertama, tiadalah langkah seterusnya. Pada masa booking tu, saya terbayang-bayang je kisah-kisah projek terbengkalai. Takut projek yang saya beli ni pun akan masuk surat khabar atas berita yang sama. hey, walaupun cuma rm42,500 tapi berpuluh-puluh ribu juga tu kan... Tapi pegawai jualan ni bagitau saya, You jangan bimbang... projek ini usahasama dengan PKNS. Kalau projek PKNS, mesti tak terbengkalai punya... PKNS jaga reputasi dia. Bimbang yang muncul sebelum tu terus perlahan-lahan hilang bila tengok logo PKNS kat flyers projek tu. Alhamdulillah... kurang 3 tahun kemudian, saya mendapat kunci untuk rumah tersebut dan di situlah saya menginap sehinggalah blog ini di tulis. Jadi...

kontroversi booking pangsapuri melor

pengalaman pertama beli rumah mcm minta sedekah isnin baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari Saiful, staff pemaju Pangsapuri Melor, Bandar Baru Bangi Dia memanggil saya untuk membuat tempahan unit Blok B projek ini memandangkan saya telah pun berdaftar awal Pada masa panggilan telefon diterima, saya dalam dewan agong tunku canselor sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas menerima ijazah Saya berjanji akan menelefon semula Esoknya saya telefon Saiful semula Dia kata, nama saya memang ada untuk tawaran unit untuk BLok B Blok A dah habis dijual, cuma ada satu unit je. Blok B ni pun dah banyak terjual untuk membuat tempahan, saya kena datang bawa duit tempahan RM1500, macam biasalah kan... tapi yang peliknya kena bawa siap2 dokumen lemgkap untuk mohon pinjaman dengan bank islam mereka tak akan terima sebarang booking jika tak bawa dokumen lengkap ini Apakah pelik sangat ni? ok, biar saya kongsikan kebiasaan prosedur membeli rumah dari pemaju 1) p...