Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel property coaching

Cinta berputik semula di Cyberjaya

Akhirnya rakan saya seorang ini telah berjaya membeli rumah untuk tinggal sendiri. Saya pernah kongsikan ceritanya DI SINI. Kalau anda ada baca artikel saya INI , saya ada kongsikan yang penilaian mencari rumah untuk tinggal sendiri berbeza dengan rumah untuk pelaburan. rumah untuk tinggal sendiri mestilah rumah yang selesa Selesa di sini bukan bermakna luas mesti 1500 sqft ke atas, rumah bertanah, ada perabot diimport dari luar negara atau ada kolam renang atas syiling. Tapi selesa di sini adalah dekat dan mudah ke tempat kerja yang kos berulang-aliknya masih menjimatkan kalau ada anak, dekat dengan sekolah anak dan harga pula adalah harga yang selesa dengan kemampuan kita. Itulah sebabnya rakan saya ini mahu membeli rumah di Cyberjaya atau Putrajaya kerana dia bekerja di Cyberjaya. senang dan dekat ke tempat kerja. Sebelum ini beliau kecewa rumah yang dia suka di Putrajaya dikebas orang "Rasa macam kena dump dengan boyfriend", katanya Tapi frust menonggen...

Padah menjadi rakan saya

Memang padah sungguh jadi rakan saya Rakan sepejabat saya ni, baik orangnya Perempuan dari Pantai Timur. Datang ke sini untuk bekerja. Nampak dia berjimat dalam perbelanjaan. Setiap bulan hantar wang ke kampung. Pergi kerja ada pemandu... pemandu bas. Katanya dia nak sambung belajar. nak buat Ijazah pula. Saya sokong. Saya pesan padanya, sambung lah belajar sementara muda. Ambil bidang yang diminati. Kalau harap pada jawatan sekarang, nak naik pangkat susah. Padahnya bermula apabila saya mula berkongsi (atau membebel) tentang betapa perlunya dia membeli rumah kata saya, beli rumah.. sementara belum berkahwin. Kalau tak beli rumah pun, duit habis juga ke lain. Puas hampir setahun kena bebel, akhirnya saya kongsi padanya satu projek apartment baru. Villa Tropika. Bayar RM 500 sahaja. Selebihnya masuk dalam pinjaman. Memang sesuai sangat untuk orang yang tak ada tunai banyak dan tak ada modal tapi nak beli rumah Saya pernah kongsikan kis...

9 disember tarikhnya

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca blog yang budiman, Masih ingat lagi dengan program Lend A Helping Hand 2011? Saya dan rakan-rakan Property N Co telah menganjurkan seminar pelaburan hartanah untuk kebajikan atas tema ini. Ia diadakan pada 17 Disember 2011. Anda boleh baca  DI SINI. Selain dari saya, penceramah seminar pada hari itu adalah blogger-blogger hartanah yang hebat iaitu Nicole Ong, Siti Farazila ,   En Esa dan  Abangensem . Seramai 22 orang peserta bermurah hati menyertai seminar ini dan seterusnya menyumbang ke dalam kutipan. Matjoe dari matjoe.com dan Sitiezahim dari  http://catatandarideutschland.blogspot.com  turut menaja ruang pengiklanan Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. Semoga rezeki anda dimurahkan Allah berganda-ganda lagi hari demi hari. Alhamdulillah dalam seminar itu, kami berjaya mengutip sebanyak RM 2,723.75 dan diserahkan ke Tabung Kebajikan NSTP. Jadi kawan-kawan, saya ingin memaklumkan kepada an...

apa cerita kak as?

tiba-tiba saya teringat saya dah lama tak sambung kisah kak as pernah saya kongsikan dulu dalam satu siri khas boleh baca di sini Selepas apartment Damai, kami tengok banyak lagi apartment. antaranya pangsapuri desa mentari,  dua unit Pangsapuri Rimba2, unit lain pangsapuri ilham, flat di seksyen 8 dan pangsapuri jaya.. Akhirnya kak As memilih untuk membeli dua unit sekaligus . Pertama, flat di seksyen 8, shah alam. ia dijual dengan harga rm70K, dan harga pasaran mencecah rm80K jadi 12.5% di bawah harga pasaran. 600 sqft sahaja. 2 bilik, 1 bilik air. tapi rumah ni bukan bawah projek kos rendah yang ada syarat-syarat tu. jadi tak ada masalah nak membelinya. sekarang disewa pada harga rm500 oleh sebuah syarikat untuk beberapa orang pekerja bujang mereka. rental yield sebanyak 8.5% keadaan rumah pun cantik. cuma rumah ni leasehold. bawah PKNS. kedua, kak as beli pangsapuri rimba2 di seksyen 16 shah alam. harga dijual rm112k, harga pasaran rm125k jadi, ...

Lend a Helping Hand 2011 dan 8 fakta

Sepertimana yang telah saya war-warkan sebelum ni, saya dan rakan-rakan Property N Co akan mengadakan satu sesi property talk untuk kebajikan. Kami namakannya Lend a Helping Hand 2011. Projek ini berbeza dari sesi yang pernah kami anjurkan sebelum ini Ada 8 fakta yang saya nak bagitau 1 modul Topik2 yaang akan disampaikan bukan topik yang sama malah ia akan melengkapi apa yang kawan-kawan pelajari di dalam sesi terdahulu. Kami akan bercakap mengenai - Changing your mindset - What is your number? - What is your vision? - 8 things you should avoid when buying properties - 8 things you should know about insuring your properties Hm.. tajuk dalam bahasa inggeris tapi jangan bimbang, sesi ini dwi bahasa. kami campur-campur cakap melayu dan cakap BI Sebab rasanya rakyat malaysia ni busuk2 mesti faham simple english dan bahasa melayu pasar kan... Ke 2 , kutipan wang kalau sebelum ni wang yuran kami tolak kos dan buat duit belanja kami makan Tapi kali ni wang tu hanya akan tolak kos dan sele...

Boikot projek baru?

Harga property baru melambung naik? Skim rumah pertama menyokong dengan menaikkan had dari 220K ke rm400k? Harga mahal pun, unit masih sold out? terutama kepada flippers di luar sana, saya harap anda berhati-hati.. langit tidak selalu cerah. Dr Peter Yee mengkategorikan property cycle melalui 4 musim: musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga. Beliau mengjangkakan kita berada di hujung musim panas atau di hujung property boom cycle. boleh baca artikel beliau di http://www.starproperty.my/PropertyGuide/Finance/15542/0/0 hm.. saya suka membaca artikel ini. http://realtymalaysia.blogspot.com/2011/10/boycott.html Mari boikot projek baru yang dijual dengan harga hilang akal ini. Marketing developer sentiasa tunjukkan kat kita yang unit mereka cepat je dah sold out. Betul ke? Kalau ye, kenapa The Star keluarkan statistik ini. Average take-up rates of new property launches drop this year to 50% - 65% compared to 80% - 90% last year. Source: the star 15 oct 2011 Ini menunjukkan jua...

bengang dengan lawyer?

anda bengang dengan lawyer anda? lembab sangat? atau bagi nasihat yang salah? lawyer anda menyebabkan anda rugi beribu ringgit? ye, lawyer lah yang paling penting dlm sesebuah urusan pembelian hartanah itu sebab dalam sharing session property N co, saya menekankan pentingnya pilih lawyer yang bagus dan boleh dipercayai tak semestinya dari firm besar kadang2 firm kecik pun ok lebih baik kalau lawyer tu sedara anda atau kawan anda yg anda dah tahu dia memang ok dan boleh dipercayai bekerja dengan efisien takpun ambil lawyer yang dicadangkan dan sedia diketahui oleh kawan / mentor hartanah anda yg dia mmg ok lawyer yang ideal adalah lawyer yang juga merupakan pelabur hartanah sebab dia faham situasi kita dan boleh bagi nasihat yang terbaik dari kacamata seorang pelabur. Tapi ini tak bermakna lawyer yang biasa tidak boleh memberi nasihat yang baik pun boleh... asalkan mereka dedikasi dan jujur dengan kerja mereka. JANGAN sekali2 ambil lawyer yang dicadangkan atau dipaksa oleh agent hartana...

Tips to low incomer

have a great monday to all my friend asked me "how to buy own property for those newlyweds with low income..am asking on behalf of a friend..is it ok to use the govt housing loan that the person entitled or what is the best way..?" my answer is.. it depends on his / her target. if he (can i just assume he?) target and plan to have a decent house for own living and at least 1 house for investment (for rental income) to suport his low monthly fixed salary, what he should do is 1. Invest in himself first. Buy books on property investment or financial management or come to any seminars or workshop organised by, for example, Property N Co, Abangensem, Tuanbri, Milan Doshi, Azizi Ali, Gavin Tee, Renesial Leong. This will make him clear about what is going to do and how to do it wisely with minimum risk. Do this continuously and never stop learning. 2. lower down his monthly commitment if the current net salary too low. maybe need to restructure his personal loan or car loan (or ma...

Ilham Apartment: destinasi kedua

Kisah Kak As bersambung lagi... Selepas kak as terkejut yang rumah di Apartment Sri Tanjung dah dijual, kami pun bergerak keluarlah dari situ. Solat Asar kejap di surau berhampiran. Kemudian makan dan gerak ke TTDI Shah Alam. Solat maghrib pula di Petronas TTDI. hm.. surau petronas tu salah satu port saya berhenti solat dan beli milo kotak dan roti ikan bilis gardenia. sebab ex-officemate saya ada satu rumah di sini. beliau pernah minta saya bersihkan rumah, baiki apa yg patut supaya rumah tu jadi kemas dan cantik semula untuk cari penyewa baru. Selepas penyewa sebelumnya keluar, memang kena bersihkan dan touch up sikit. so sekarang ni dia nak jual rumah dia. tu yang saya nak bawak kak as tengok rumah ni, Bagi saya, ilham apartment adalah good investment kalau kena dgn harganya. apartment ni sangat hampir dengan PTPL, MSU kampus baru, Giant seksyen 13, Glenmarie dan Politeknik. so target tenant mmg student dan pekerja di Glemnarie dan sekitar Sekeyen 13, U1 dan Subang Hi-Com. Kawan say...

pencarian bermula.. pangsapuri sri tanjung

sambung cerita realiti kak as. sebelum saya tamat exam, beberapa kali saya ditanya oleh kak As setiap kali berjumpa. "Bila kita nak tengok rumah?" Saya hanya sengeh dan jawab, "Hm.. tu lah... Nanti bagi saya lepas exam dulu ye kak As" Exam semester ke8 saya berakhir 5 mei yg lepas. (fuhhh belajar lama giler macam nak buat medic je..) kemudian saya start ajar kak as tengok-tengok iklan rumah for sale di beberapa kawasan yang dia target. Dia baru bermula dari zero kan... so ada lah kawan dia beritahu ada member2 mereka nak jual rumah di pangsapuri sri tanjung, seksyen 16 subang jaya. saya pun ada juga kawan nak jual apartment di shah alam. jadi kami set satu masa tgk rumah dalam satu masa yang sama. Butiran pangsapuri sri tanjung - tingkat 10 - 3 bilik tidur, 1 bilik air (sebenrnya 2 bilik air tp mereka renovate jd 1 bilik air yg lebih luas) - ruang tamu dah renovate - nak jual dgn 4 aircond - tingkap pun renovate -keluasan 650 sqft -Freehold Harga jual 80K tapi kalau...

bila nak pergi tengok rumah

salam hari isnin semua.. hari ni mata saya sangat mengantuk sebab malam tadi tidur lewat. pukul 2.30 pagi baru tidur... aduh... hari ni selama 3 hari ada training. bukan berkaitan property tp berkaitan hal kerja saya yg langsung tiada kaitan dgn apa yang saya blogging ni. mata dah manguap dari tadi.. huhuhu... tak tahu lah panjang umur ke tak ni dlm training nanti. saya nak sambung kisah Kak As. kalau tertinggal keretapi, boleh baca ba lik la ye entri lama di http://www.propertywaltz.com/2011/05/protege-mcm-ae-ke-tak-lah.html http://www.propertywaltz.com/2011/05/ok-ke-tak-ni-saya-dah-book.html Selepas dia batalkan tempahan unit Menara U tempoh hari, beliau minta saya bantu dia alert kalau ada projek baru atau subsale yang bagus. Hujung bulan 3, saya dengar ada orang nak jual apartment blok 21 taman bukit angkasa. harag memang cantik. RM125K tapi masa tu saya sibuk sgt dgn kelas ganti dan hal keluarga. terlewat pergi tgk.. sekali call, unit dah terjual. Dalam bulan 4. agent tu bgtau say...

OK ke tak ni?.. saya dah book

sambung cerita Kak As. Dia telah berjaya membuatkan saya ingin membantu dia membeli rumah pertama sejak bulan 3 haritu lagi.. Sebenarnya saya pun baru kenal dia dlm awal bulan Mac. Kami mempunyai sumber inspirasi yang sama yang menyebabkan kami berkenalan dan berkawan. :) Jadi borak punya borak, dia tahu yang saya sangat meminati bidang pelaburan hartanah ni, Maka dia pun mengambil kesempatan bertanya kepada saya. Dia bagitau dia baru je booking Menara U atau dulunya bernama U Tower. Lokasi betul2 sebelah Kampus MSU. Dia bayar booking RM500. Saya tahu projek tu.. asalnya dulu dinamakan Persanda 2 dan pendaftaran unit telah pun dibuka sejak 2009 lagi. Saya antara yang mendaftar dan menanti khabar berita dari mereka. Dari jangkaan serviced apartment 3 bilik berharga dlm rm180K, mereka jangkakan harga jualan akan menjadi 220K. tapi kemudian diam.... lama betul diam.. Sekali saya dpt jemputan soft launch. Studio unit harga.. aduhhhhh.. mahal giler harga rm240K - 290K untuk unit berkeluasan...

protege mcm AE ke? tak lah...

saya di Kota Bahru ni. ada hal kerja. sekejap lagi nak shut down dah.. letihlah.. Actually semalam seharian saya menemani kawan jalan-jalan cari rumah. Kalau Abangensem ada protege, saya ni takde la protege... tp ada lah kawan rapat minta saya bantu dia nak beli rumah. so saya bantu lah dia setakat apa yg mampu saya bantu. saya teman dia berjalan2 dan survey, selain bg pandangan. actually semalam tu dah hari kedua. hari pertama minggu lepas tapi tak lama sgt. Kawan saya ni saya panggil sebagai kak As. berumur pertengahan 30an, belum pernah membeli rumah. Tapi minat dah mula menebal dan membara apabila beliau telah mula berjangkit melayari laman web iProperty dan beberapa laman web berkaitan hartanah. bekerja kerajaan di KL. Tapi tinggal di Klang. berhasrat membeli untuk pelaburan. Melihatkan minat dia yang ikhlas nak membeli rumah untuk masa depannya, saya pun sudi membantu. Kalau hasrat beliau tercapai, beliau dapat rumah, saya dpt perasaan puas hati kerana dapat membantu seorang lag...