Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel property millionaire challenge

Rahsia terbongkar! mana dapat duit pergi Jerman?

Jam 9 pagi hari ini kapal terbang saya akan berangkat ke Amsterdam Transit 2 jam di sana seterusnya ke Dussedolf, Germany. Bersama saya adalah ibu saya dan adik saya yang bongsu. Kami mahu melawat adik saya dan keluarganya di sana suaminya sedang melanjutkan pengajian PhD atas tajaan majikan di sana wahhh... bagaimana kami bekas penoreh getah ini ada wang melancong ke Eropah? Haa... saya telah berjanji di Facebook untuk menceritakan kisah di sebaliknya Masih ingat kisah photo shoot pertama saya INI? Kisah ini berlaku pada tahun 2010 Sebenarnya photo shoot itu berlaku kerana saya menjadi antara peserta sebuah rancangan realiti online. Nama rancangan tersebut adalah Property Millionaire Challenge Ia dianjurkan secara usahasama oleh The Star dan Freemen. Pada masa itu, ada 14 orang dipilih menyertai rancangan ini selepas menjalani audition Hohoho.. tak sangka saya ada nasib juga melepasi audition Tapi awal-awal lagi 2 orang yang merupakan pasangan suami isteri me...