Minggu lepas Perdana Menteri kita dah buat pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sempena keadaan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni. Antara yang terkandung dalam pakej rangsangan ini adalah penangguhan bayaran takaful dan insurans kepada pencarum selama 3 bulan kepada pencarum yang pendapatannya terjejas disebabkan Covid 19 ini. Saya sendiri mempunyai perlindungan kad perubatan dengan Prudential BSn. Jadi saya bertanya agen Prudential saya, Mardiyah, adakah saya dan kawan-kawan yang berniaga sendiri ini boleh menerima penangguhan bayaran takaful ini? Jawapannya dari pihak Prudential BSN adalah 1. Ia bukan automatik. Maknanya bukan secara automatik kita tak payah bayar carumah untuk bulan April, Mei dan Jun ni. Tapi kita kena mohon penangguhan ni. Dapat kelulusan penangguhan baru lah tak payah bayar. Tak mohon penangguhan, tetap kena bayar. Mohon penangguhan tapi tak diluluskan, pun kena bayar. 2. Penangguhan untuk 3 bulan sahaja, antara April 202...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.