Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ptptn

Panggilan maut buat peminjam PTPTN

Minggu lepas, agak kecoh semula kes hutang peminjam PTPTN bakal disenarai ke dalam laporan kredit Bank Negara atau dipanggil sebagai CCRIS. Mereka yang terbabit adalah mereka yang tidak pernah membayar hutang selama  lebih 3 tahun yang lepas melibatkan hutang berjumlah 1.23 billion ringgit. Saya rasa ini satu panggilan maut buat mereka yang terlibat. Tolong jangan buat derk sahaja. Apa kesan dari penyenaraian hutang PTPTN di CCRIS? Ada 2 kesan sebenarnya. 1) Kebolehpercayaan peminjam Apabila seseorang memohon sebarang pinjaman, bank akan merujuk kepada laporan CCRIS setiap pemohon dahulu.  Laporan ini menyimpan semua pinjaman bank yang ada, amaun pinjaman dan rekod bayarannya. Adakah semua bayaran ansuran dibayar mengikut sepatutnya? atau adakah terdapat tunggakan di mana-mana bulan dalam 12 bulan kebelakangan ini? Sekeping kertas (atau mungkin beberapa keping kertas jika peminjam ada banyak pinjaman) akan menjelaskan segalanya. CCRIS y...