Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sentral point kajang

Sentral Point Kajang episod 2

saya sudah berjanji akan bercerita lebih lanjut lagi tentang projek ni bila saya dah melawat showroom nya kan? ok, jumaat lepas saya dah ke sana. saya suka jumaat sebab pada waktu rehat yang panjang dan kaum lelaki ke masjid, saya boleh meronda-ronda.. hehehe saya ke showroom sentral point kajang. memang betul unit pejabat yang berharga rm120K tu untuk unit terkecil di tingkat 2. rupanya ground floor dan tingkat 1 adalah unit kedai. tapi semuanya di ground floor dah sold out. cuma unit pejabat di tingkat 2 dan unit terhad di tingkat 1 sahaja yang tinggal. unit pejabat ni pula ada 2 saiz. saiz terkecil 614 sqft berharga rm120K manakala saiz yang besar sedikit dlm harga 180K. setiap unit akan diberi 1 parking basement percuma kecuali unit pejabat terkecil. namun begitu, parking tak menjadi masalah di sini. Bangunan ni ada lif, jadi tak perlu risau kalau pejabat di tingkat 2. tak perlu angkat kabinet besi naik tangga.. deposit rm5k untuk unit pejabat dan rm10k untuk unit kedai. free s...

Sentral Point Kajang

Setiap kali saya ulang alik ke tempat kerja, pasti akan menoleh ke site pembinaan projek komersial bercampur ni.... dalam hati tertaya-tanya... tapi malangnya masih belum sempat singgah ke sales office dia nampak macam menarik sebab betul2 bersebelahan dengan silk highway. di blok sebelah iaitu di Sentral Business Park ada unikl dan bakal ada kolej new era.. pejabat kerajaan miros atau institut penyelidikan keselamatan jalanraya pun ada. Tengok pada harga yang terpampang di pengadang projek tu ada tertulis bermula dari 12ok hm. mungkin tu untuk unit pejabat di tingkat atas sekali. nama projek Sentral Point Kajang. developer adalah TKS Projects, developer yang sama dengan Sentral Business Park. Nak cerita lebih pun tak boleh sebab tak dpt singgah lagi tgk kat website nyer pun tak ada banyak info http://www.sentralpointkajang.com/ http://www.nikkoproperties.com/Sentral_Point/sentral_point.html hm.. nantilah.. dah melawat nanti saya cerita semula