Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel shamsudin kadir

hantaran ke mahligai impian

Sabtu lepas, seorang rakan di Facebook telah berkongsi status Tuan Shamsudin Kadir. Statusnya berbunyi: Bismillah. Tip untuk bakal pengantin. Kepada tuan dan cik puan yang ingin memulakan kehidupan berumahtangga yang In Syaa Allah lebih terjamin dalam menguruskan ekonomi kukuh. Wang hantaran dengan 'down payment' sebuah rumah. Sekiranya duit hantaran RM 7,000 gunakan duit itu bagi membayar wang muka untuk sebuah rumah yang boleh dibeli di bawah harga RM 100,000. Mengantikan wang hantaran dengan wang muka untuk sebuah rumah adalah antara perbelanjaan kahwin yang majoriti pasangan tidak menyesal selepas berkahwin. Untuk tidak menanggung hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin, mohon rujuk Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta Wallahualam. Rakan ini bertanya pendapat saya dan beberapa rakan yang lain. Jadi, biar saya beri pandangan saya di sini setakat ilmu saya yang masih terhad. Bagi saya, cadangan Tuan Shams...