Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel skim rumah pertama

April Fool today?

Today is 1 April. April Fool? hahahaha.... ada yang akan kena ke hari ini? hahahaha.. don't la.. don't la... Saya cuma nak bagitau yg saya dapat maklumat dr RHB, kakitangan kerajaan layak memohon skim pinjaman rumah pertama.. asalkan gaji dan harga rumah yang nak dibeli itu memenuhi syarat. Tapi tu lah.. berhati2lah membeli ye.. jangan pula mentang2 loan 100%, kita membeli rumah yang di luar kemampuan kita membayarnya. Harapan mmg kena tinggi.. cita2 memang perlu setinggi angkasa supaya kita sentiasa akan berusaha mengejar cita2 tu. TAPI... berbelanja perlulah mengukur baju di badan sendiri... ikut kemampuan dan bersyukur... belajarlah ilmu perancangan kewangan peribadi sebab kita adalah penentu masa depan keluarga kita. Banyak buku2 yg bagus di luar dan seminar2 juga untuk kita hadiri.

Skim rumah pertama - rebut atau tidak?

Sejak pengumuman Bajet 2011 pada hujung tahun lepas, ramai orang mula bercakap tentang skim pinjaman 100% untuk pembeli rumah pertama. Ramai yang menunggu perlaksanaannya. Skim pinjaman 100% bagi golongan berpendapatan RM3,000.00 sebulan untuk pembelian rumah pertama. Terbuka untuk yang bekerja swasta sahaja dan dah bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan...erkk maknanya kawan2 ku yang bekerja kerajaan takde la peluang ni ye.. nasib baik kalian ada pnjaman perumahan kerajaan.. terpaksa guna yg tu je la.. no double bullet. hehehehe Selain itu, syarat skim ini juga adalah rumah tersebut mestilah berharga dari RM100,000 ke RM220,000 sahaja. Bermakna, kalau di Lembah Klang ni kebanyakannya apartment kos rendah atau kondo subsale la.. tapi ada juga rumah teres subsale setingkat yg dlm lingkungan harga ini. Tapi kalau nak beli rumah landed baru dari developer di Lembah Klang, alamat memang gigit jari lah ye... Hm.. bagi pendapat peribadi saya, skim ni sangat baik. Sebab saya teringat tahun 20...