kalau saya ada modal yang lebih tinggi dr yg saya ada sebelum beli domain @neocyber, dah pasti saya akan beli lot pejabat di southgate. kalau saya ada modal yg memang tinggi, saya akan beli retail lot di southgate. saya memang berangan2 nak invest dlm comercial property satu hari nanti tp angan2 saya tu, saya tahu mmg lambat lagi baru boleh direalisasikan malangnya southgate dibina sekarang. maknanya saya tak ada can la nak beli southgate direct dr developer.. which is obviously jauh lg murah kalau saya beli 10 tahun dr sekarang. southgate ni kalau pembaca belum familiar, ia merupakan projek pusat komersil di jalan tun razak. bertentangan dengan wisma mah sing. mmg developernya mah sing. developer yg mempunyai reputasi yg sangat baik. hm.. senang cakap, kalau anda datang dr seremban nak masuk kl, selepas tudm tu terus je menghala ke jalan tun razak. nanti akan jumpa southgate di sebelah kanan tak lama selepas susur kanan ke jalan chan sow lin bagi saya lokasinya amat strategik. tgk la....
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.