Saya sebenarnya sangat bangga bila nama ibu saya diangkat menjadi jenama produk kesihatan. Bukan perasan.. tapi memang betul. Bermula dari mesyuarat kecilan di rumah, membawa kepada pengeluaran sampel produk yang pertama hinggalah ke produksi pengeluaran yang pertama. Maka keluarlah Kopi Kelulut Arfah. Kopi Kelulut Arfah ini merupakan kopi dengan gabungan 12 jenis herba iaitu - Propolis kelulut , Habbatus sauda, Kurma, Halia, Ginseng, Halba, Buah tunjuk langit, Buah goji, Buah pala, Kunyit, Teh hijau dan Kayu manis. Kelulut ni madu yang istimewa sebab ia lebah yang lebih kecil, tidak menggigit dan menghisap debunga yang berada di kawasan lebih dalam. Jadi khasiatnya lebih berbanding madu lebah biasa. Sekarang ni, bukan hanya kopi kelulut. Tapi dah ada pula Susu Kambing Arfah, Susu Kambing dengan kolagen, Susu Unta Arfah dan Susu Kuda Arfah pun ada. ahaa.. jangan main-main...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.