Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel takaful

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Insurans Konvensional vs Takaful – Apa Sebenarnya Beza Mereka?

Ramai orang tahu takaful itu patuh syariah. Insurans konvensional pula tidak. Tapi hari ni kita tak borak soal hukum. Kita tengok dari segi pengurusan duit. Cara dana diurus. Siapa tanggung risiko. Dan ke mana duit itu pergi. Kita mula dengan insurans konvensional. Model ini dah lama wujud di Malaysia. Ramai orang dah ambil sejak dulu lagi. Strukturnya lebih kepada kontrak antara kita dan syarikat. Bila kita bayar premium, duit itu terus jadi milik syarikat. Syarikat akan guna duit itu untuk bayar pampasan bila ada tuntutan. Kalau tiada tuntutan langsung, mereka simpan semua untung. Pelaburan pula bebas. Syarikat boleh labur dalam mana-mana sektor yang sah di sisi undang-undang. Tiada sekatan dari segi jenis industri. Selagi memberi pulangan, ia boleh dipertimbangkan. Dan ya, syarikat juga tanggung semua risiko kewangan. Kalau terlalu banyak tuntutan, syarikat boleh alami kerugian. Sekarang kita tengok pula model takaful. Takaful dibina atas konsep ...

"Mati atau Lumpuh, Duit Tetap Jalan."

Ramai ingat, hibah takaful ni bayar bila mati je. Padahal, kalau kita masih hidup tapi tak upaya kekal, duit pun tetap masuk. Hilang upaya kekal (TPD) tu apa? Senang je ... Bila badan kita dah tak boleh berfungsi macam biasa.  Contoh: Hilang dua tangan, atau Hilang dua kaki, atau Hilang dua-dua mata, atau Kombinasi tangan + kaki / tangan + mata / kaki + mata. Ataupun, kita masih cukup anggota tapi dah tak boleh buat benda asas hidup macam: Pakai baju sendiri Bergerak dari bilik ke bilik Masuk keluar katil Mandi basuh badan Kawal buang air Makan sendiri Kalau kita tak boleh buat 3 benda daripada senarai ni tanpa bantuan, kira layak claim TPD. Tapi ingat: Cover TPD ni sampai umur 70 tahun je. Takaful tak cover kalau kecederaan tu sebab benda-benda macam cuba bunuh diri, buat aktiviti ekstrem, jenayah, atau perang. Jadi, jangan ingat ambil hibah takaful ni untuk bila kita dah mati je. Kita ambil juga untuk masa kita masih hidup, cuma dah hilang upaya dan tak nak menyusahka...

Rezeki Waris, Tak Tinggal Sehelai Sepinggang

Ramai yang fikir nak ambil hibah bila dah ada duit lebih. Atau bila hutang dah habis. Tapi kalau sekarang pun duit cukup-cukup makan, macam mana kalau tiba-tiba hilang sumber pendapatan? Macam kes ni, client ni baru je ambil hibah. 10 hari lepas tu, berlaku sesuatu yang tak dijangka.  Tapi sebab dia dah buat keputusan awal, waris dapat lebih RM400,000. Duit ni jadi penyambung rezeki untuk anak-anak teruskan hidup tanpa beban kewangan. Tak perlu tunggu kaya baru nak buat hibah.  Sekarang kita ada promosi sampai hujung bulan. Dengan bermula RM40 sebulan pun dah boleh ambik perlindungan untuk tinggalkan sesuatu buat keluarga.  Kalau tak ada apa-apa berlaku, ada cash value. Boleh dapat wang tunai pula. Perlindungan+ simpanan. Nak tahu macam mana hibah takaful boleh bantu lindungi waris?  Boleh wassap saya ya. 0123547636 Atau klik link wassap ni wassap.my/60123547636/hibahtakaful 

Cash is king. Betul ke selamanya king?

"Saya nak simpan duit je. Cash is king." Yelah... Betullah.. memang cash is king. Kalau disiplinkan diri simpan duit setiap bulan, masuk dalam ASB.. boleh makan dividen dan faedah yang compounding... Yang beranak-pinak. Cuma tak ramai boleh disiplin. Tu satu hal. Kalau disiplin pun, katalah sebulan RM200. Setahun dapat lah RM2,400. Dua tahun simpan, adalah RM4800. Ni kalau duit tu tak diusik dan saya tak masukkan faedah atau keuntungan dari simpanan tu. Ia tindakan yang sangat bagus.  Terpuji. Cuma hanya simpan cash tanpa ketepikan sedikit bajet tu untuk perlindungan takaful, agak berisiko. Sebab bila apa-apa berlaku, bila pendapatan pun terjejas, wang simpanan tu akan habis dengan cepat. Jauh lebih cepat dari tempoh kita menyimpannya. Tu sebabnya, dalam pendapatan kita, ketepikan at least 10% untuk perlindungan takaful atau insurans. Wang sedikit yang kita carum setiap bulan, boleh jadi berpuluh atau beratus kali ganda jika berlaku perkara yang kita tak mau berlaku. Bayangka...

Pencarum insurans dan takaful boleh dapat penangguhan bayaran 3 bulan sempena wabak Covid 19

Minggu lepas Perdana Menteri kita dah buat pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sempena keadaan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni. Antara yang terkandung dalam pakej rangsangan ini adalah penangguhan bayaran takaful dan insurans kepada pencarum selama 3 bulan kepada pencarum yang pendapatannya terjejas disebabkan Covid 19 ini. Saya sendiri mempunyai perlindungan kad perubatan dengan Prudential BSn. Jadi saya bertanya agen Prudential saya, Mardiyah, adakah saya dan kawan-kawan yang berniaga sendiri ini boleh menerima penangguhan bayaran takaful ini? Jawapannya dari pihak Prudential BSN adalah 1. Ia bukan automatik.  Maknanya bukan secara automatik kita tak payah bayar carumah untuk bulan April, Mei dan Jun ni. Tapi kita kena mohon penangguhan ni. Dapat kelulusan penangguhan baru lah tak payah bayar. Tak mohon penangguhan, tetap kena bayar. Mohon penangguhan tapi tak diluluskan, pun kena bayar. 2. Penangguhan untuk 3 bulan sahaja, antara April 202...

Anda tak perlu beli insurans?

Semalam saya kongsikan status ini di Facebook. Saya copy paste semula buat yang tak dapat baca dari print screen di atas: Apa juga yang agen insurans anda gebang: 1) tak semua orang perlukan insurans nyawa. Ia hanya untuk mereka yang ada orang lain bergantung kepadanya dari segi kewangan. Contoh bapa yang ada anak dan isteri. Jangan belikan insurans nyawa untuk anak anda. Sebab anda tak bergantung dari segi kewangan kepada anak anda. Dia yang bergantung pada anda. 2) Setiap orang wajib ada kad insurans perubatan. Termasuklah anak-anak anda, perlu dilindungi dengan kad insurans perubatan. Jangan harapkan perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan sahaja, walaupun anda kakitangan kerajaan. Anda tahu berapa lama anda perlu menunggu untuk mendapatkan rawatan atau berapa kali kena ulang-alik untuk menjalani ujian demi ujian oleh doktor pakar. Pada masa anda disahkan ada penyakit kronik, mungkin sudah terlalu lewat. 3) tak perlu ambil insurans pendidikan untuk ana...