Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tenancy

Bakal Pengantin Nak Sewa Bilik

Minggu ini saya berbual-bual secara online dengan seorang rakan. Katanya dia sekarang tinggal seorang diri di rumah. Beliau belum berkahwin dan ada bilik kosong di rumahnya. Rumah yang dia duduk ni rumah sendiri. Masih ada hutang dengan bank Untuk menjana pendapatan dan mengurangkan bayaran bulanan rumahnya ini, beliau berhasrat untuk menyewakan dua biliknya. Kira sewa bilik lah.. tapi beliau musykil, nanti kalau berkahwin, bagaimana? bolehkah beliau tamatkan penyewaan lebih awal sekiranya tempoh kontrak sewaan belum tamat? sebenarnya sangat boleh, namum ia bergantung pada perjanjian sewaan. Sekiranya dalam perjanjian sewaan sekadar tertulis "tempoh sewaan adalah ___________ tahun bermula dari  ____ hingga ______" Tiada sebarang terma mengenai pilihan atau notis penamatan awal. bermakna apa pun terjadi, ribut petir, puting beliung.. kontrak sewaan hanya akan tamat pada hari tarikh akhir dalam perjanjian ini. Tiada pilihan. Tapi sekiranya dalam perjanj...

Kacak adalah satu bonus

Rumah saya di Domain 3 Cyberjaya disiapkan dalam pertengahan bulan Disember 2012. Saya buat partly furnish sahaja. Saya cuba iklankan sendiri, tapi saya dapati permintaan pada waktu itu sangat perlahan. Memang di Cyberjaya ni, ada masa hangat, ada masa dingin. Bila pelajar sedang bercuti semester atau lagi seminggu dua hendak bercuti semester, masa itulah yang paling dingin. Penyewa pulang ke negara masing-masing. Ada yang masih ada kontrak penyewaan dengan tuan rumah, mereka terus batalkan. Ada yang memang sudah berbincang dan bersetuju dengan tuan rumah, penyewaan kurang setahun. Sebab biasanya mereka masuk semester pada bulan awal bulan Mac dan bercuti pada bulan Disember. Kebetulan pada waktu itulah rumah saya di Domain 3 disiapkan. Orang kata, langkah kiri. Tapi saya tetap berdoa agar saya tetap akan mendapat penyewa. Dengarnya ada pelajar baru mengambil kursus Bahasa Inggeris dalam bulan Januari ini. Ada juga sebilangan pelajar yan...

penyewa ada exclusive possession right

petang tadi saya ke sales gallery domain a.k.a sales office domain neocyber. sampainya je saya di sana saya nampak hendra, salesperson domain, sedang berbual dengan seorang perempuan foreigner. saya menegur hendra. terus hendra bertanya, " ada rumah kosong lagi tak?" merujuk pada domain la tu.. saya jawab la "takde.. kawan2 owner domain pun setahu saya rumah diorg dah penuh". then hendra bercerita depan2 perempuan tu yg budak perempuan tu tgh cari rumah kosong nak sewa. kata hendra, dulu budak pompuan tu sewa di domain duduk sorg2 sewa rm1700 tp oleh kerana ayah dia tak kasi dia duduk sorg, dier pun pindah..sewa satu bilik di cyberia smarthomes townhouse. malang nasib dia, rumah yg dia duduk tu tuan rumah dia sewenang-wenangnya keluar masuk tanpa kebenaran mereka.. masuk diam2, check rumah katanya. malahan ada beberapa barang berharga seperti digital camera, handphone hilang. mereka syak tuan rumah la ambil. tuan rumah siap ada pasang cctv lagi diam-diam. nak dijadi...

akibat terkurang clause

di dalam penyewaan rumah, perjanjian sewaan sangat penting. ia merupakan intipati dan kontrak yg termeterai antara tuan rumah dan penyewa. perjanjian boleh jadi secara bertulis atau secara verbal. biasanya tuan rumah melayu yg tak serius dgn pelaburan hartanah hanya menggunakan perjanjian lisan sahaja.. sekadar bercakap, ok, rumah ni sewa harga sekian sekian.. deposit sekian sekian.. tempoh sewaan pun tak ada. bayar deposit, dapat kunci dan settle. dulu masa saya sewa rumah di pinggiran putrajaya macam tu la.. tapi bagi pelabur hartanah yang serius dengan pelaburannya, yg ingin mengekalkan sikap profesional di dalam urusan ini, akan menggunakan perjanjian secara bertulis. ini kerana semua terma jelas disebut.. bayaran sewaan, tempoh sewaan. butiran penyewa dan tuan rumah, dateline pembayaran, cara pembayaran sewaan, senarai inventori, tanggungjawab tuan rumah, tanggungjawab penyewa, tanggungjawab bersama dan akuan masing2 beserta saksi. perjanjian yg siap di matikan setem akan boleh di...