Rasanya ada hampir atau lebih 20 orang menemui saya bertanyakan mengenai Vega Residensi di Cyberjaya. Ada yang bertanya melalui telefon, bersemuka, sms, whatsapp, yahoo messenger dan private message di facebook. nasib baik belum ada yang sampai bertanya dalam mimpi saya lagi. Jadi, apa jawapannya kepada semua soalan-soalan itu, wahai cik rohaniah noor? Mula-mula saya nak beri disclaimer. jawapan saya ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya di Cyberjaya setakat hari ini. Ia mungkin kurang tepat Prestasi hari ini tak menggambarkan prestasi masa hadapan :) 1) Bagaimana pasaran di Cyberjaya sekarang? Di cyberjaya sekarang, target penyewa kebanyakannya adalah pelajar Universiti Limkokwing dan pelajar MMU. Walaupun ada kolej CUCMS, tapi pelajarnya sangat sedikit. jadi tak pernah jumpa pun pelajar-pelajar ni nak sewa di sana. Tapi, ada ramai juga expatriate yang bekerja di Cyberjaya yang nak menyewa. Cuma bilangan pelajar lebih ramai la. Penyewa di sana tak suk...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.