Dua hari lepas saya melawat pejabat jualan Serin Residency di Cyberjaya Dah lama tahu pasal projek ni.. sejak awal 2011 lagi tapi saya tak beli sebab dah beli projek lain untuk yang belum biasa dengar pasal serin, biar saya buat sedikit pengenalan Serin Residency adalah satu projek kondo oleg Villamas, satu pemaju yang mempuyai rekod yang baik Antaranya Atmosfera Kondominium di Puchong JAya yang menjadi kondo idaman saya satu masa dahulu (huhuhu) dan Villa Park di Serdang projek terbaru mereka adalah Zefer Hill di Puchong juga tapi harga memang maut lah! JIka kebanyakan projek baru di Cyberjaya menumpukan fokus jualan dan layout design kepada pelajar atau expatriate bujang atau dengan keluarga kecil, Serin tampil berbeza Konsepnya lebih sesuai untuk kediaman sendiri dan untuk famili keluasannya 1000 sqft ke atas dengan sekurang-kurangnya 3 bilik harga pun paling murah, lebih kurang rm300++ sqft ke atas, berbanding projek lain yang mencecah 400++ ke 500++ per sqft Ad...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.