Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Hey, selamat hari kemerdekaaan

Ramai orang sibuk dengan ucapan hari raya. Padahal 31 ogos adalah hari kemerdekaan kita. Terlupa atau buat-buat lupa? hm... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Semua! Jalur putih - merah, biru dan bulan bintang kuning maknanya: 14 buah negeri, perpaduan, agama Islam dan Raja- perkara yang perlu sama2 kita pertahankan. hm.. nampaknya agama dan perpaduan menjadi isu hangat sekarang kan... Tapi jika perpaduan dalam erti kata sebenar dapat dicapai, sudah pasti perkara lain dapat kiota selesaikan dengan baik. Duduk semeja dan cari jalan tengah yang menang-menang. Sudah lama kita diperintah di bawah dasar pecah dan perintah. selepas merdeka pun nampaknya dasar ini masih wujud tanpa kita sedari. Harapan saya semoga perubahan positif berlaku di dalam negara kita supaya asimilasi yang sebenar akan terjadi di dalam perpaduan rakyat. Semoga kita semua saling hormat menghormati dan prihatin dengan adat, budaya dan kesusahan yang lain. Semoga tiada satu rakyat pun terasa mer...

Hari ni raya wehhhh

Selamat hari raya semua... Hari ini hari raya raya aidilfitri... yeayyyyyyyyyyyyy saya baru siap angkat ketupat sorang2 dari atas periuk. start rebus pukul 9.30 mlm td.. terlewat rebus sebab ghalit buat benda lain... raya kali ni kurang syok sebab dua orang adik takde... tapi macamana pun harapkan mereka pun enjoy pengalaman beraya di perantauan... hepi hepi di hari raya..

musim bertukar penyewa

sibuk2 orang semua nak balik raya. saya sibuk dengan penyewa nak keluar dan masuk. penyewa bilik master rumah unipark kawan saya akan keluar hari ahad. tapi dia minta kami refind deposit dia semalam. sebab bila dia transfer duit tu awal, nanti dia boleh terus collect duit tu bila dia sampai di pakistan pada hari ahad. saya tanya kawan saya, dia setuju. lagipun hari ahad, saya pun dah takde kat kajang ni. dah balik kampung. alhamdulillah semalam juga ada orang lain tengok bilik tu dan terus berkenan. student kliuc, dari bristol uk tapi asal dari somalia. muslim.. pagi tadi pukul 11 dia bayar sebahagian deposit dulu tanda setuju. esok atau isnin dia akan bayar baki. ikutkan memang saya tak berapa gemar awang gelap tapi sebab dia bukan dari afrika, tapi dari warganegara UK, so ok lah.. saya pun nak balik kampung dan tak mahu ambil risiko bilik tu kosong. wah.. uruskan hal ni dulu lah sebelum balik raya. tak cukup kalut, 2 orang penyewa di rumah domain cyberjaya pun nak keluar. penye...

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua kawan2 dan pembaca blog yang beragama Islam. Semoga selamat memandu pulang ke kampung masing-masing. Hati-hati kereta depan brek mengejut. Hati-hati pada speed trap. Hati-hati mata mengantuk, Rehat dan Restauran adalah cara terbaik. Dont drink and drive. Tapi kalau memandu malam, drink nescaffe atau redbull takde masalah ;) Salah dan silap sepanjang saya menulis, saya pohon ampun dan maaf.

Belum ada rezeki nampaknya

Di dalam azam saya tahun ni adalah mula menceburkan diri dalam pelaburan hartanah komersial Tapi sebenarnya hujung tahun lepas saya cuba membeli satu unit kedai kos rendah di Subang Jaya. Harga menarik, di bawah harga pasaran. sewa pun mmg best. rental yield bagus. penjual tu memang nampak penjual terdesak. dia nak jual kedai tu segera. Sekali apply loan punya susah nak lulus.. tu pun saya partner berdua. agen hartanah tu dah bising sebab belum tandatangan s&p walaupun dah sebulan dari tarikh tandatangan offer to purchase. tp yg jadi sampai sebulan tu pun sebab nak siapkan s&p ambil masa lebih 2 minggu. lawyer vendor banyak komplen grammar s&p tu.. hahahahaha puas mencari loan, last sekali Public Bank janji, insya allah boleh lulus. kami pun senyum gembira la sebab harapan tu cerah sekali public bank call saya loan utk kedai ni tak boleh lulus Sebab? sebab vendor ni ada hutang lain dgn public bank hutang tu yg vendor ni tak bayar so, mahkamah dah keluarkan notice of ban...

Laporan LVG MoneySkool

Blogger ctfarazila emel saya pagi-pagi Khamis. Katanya dia dapat dua tiket free pergi WOrkshop LVG MOneySkool yang berharga rm90. dia cuma perlu bayar rm10 untuk sorang. wahh.. hebat hebat... Yang paling best sebab dia ajak saya pegi... hehehehe.. saya apa lagi.. menarik tertarik! Workshop ni cuma 4 jam tapi saya dapati Nazril Idrus berusaha menyampaikan sebanyak yang mungkin dalam 4 jam yang terhad ini. Kami disediakan dengan satu workbook. Terdapat beberapa exercise yang perlu dilakukan sambil mendengar talk dia. Workbook tu juga untuk menyalin nota. Isi kandungan workshop ini lebih kepada psikologi kita terhadap wang dan habit kita terhadap pengurusan wang. Ada ujian personaliti iaitu money dynamic profiling test yang peru kami jawab dalam masa yang sangat pendek. Dari jawapan ujian itu, semua peserta boleh dikategorikan kepada 4 identiti wang sama ada fun lover, money hoarder, idealists atau star builder. Dari situ kita kenalpasti kelemahan dan kebaikan identiti kita dan ba...

LVG MoneySkool

pagi tadi sampai tengahari saya dan fara menghadiri workshop LVG MoneySkool yg mana speaker nya adalah Nazril Idrus, suami kepada Sazzy Falak tu. tapi saya letih sangat ni, nak tido awal. bangun sahur nanti saya ceritakan ya apa punca kami menghadiri workshop ni dan apa yg kami pelajari di sana. Tapi ia adalah satu pengalaman yang sangat menarik. Laman FB rasmi mereka adalah http://www.facebook.com/LVGMoneySkool Saving Forever For You.. lagu yang Nazril kata sesuai untuk saya, fara dan beberapa kawan yang lain.. hahahaha

Yeay.. dah dapat kunci rumah..

Nampaknya, berdasarkan progress Domain 2 yang saya tunjukkan tempoh hari, pembeli-pembeli Domain 2 Neocyber akan menerima kunci rumah masing-masing tak lama lagi. Saya jangka mesti dalam awal tahun depan kan.. kalau tak sempat hujung tahun ni. wahh.... saya tahu pembeli semua dah tak sabar.. Projek ni kalau tak salah saya dilancarkan pada Oktober 2009. Tapi hanya pada pertengahan tahun 2010 barulah kerja-kerja pembinaan bermula. Memang cepat betul pembinaan siap. Tapi kalau tengok pada rekod Domain, memang Domain pun siap lebih awal dari tarikh yang dijangka. Nampak memang EMKAY ada track record yang bagus dari segi ini. Hm.. bila dah dapat kunci, sure semua pembeli bersemangat nak sewakannya kan? tapi persoalannya, berapa kadar sewa yang anda akan letak? Harus diingat, untuk sesebuah projek yang baru siap, saingan nak dapatkan penyewa memang tinggi. Kalau ada 300 unit di dalam sesebuah apartment tu, bermakna 300 unit lah yang akan bersaing sesama sendiri. Bagaimana kalau proj...

Attention! I am looking for property at least 80% below mv

Calling all owners and agents. Do you have properties for sale at least 20% below market value? at least medium cost apartment, not low cost ones which come with restrictions. If certain flat without restriction, then no problem also la... Price 70K - 110K around KL, PJ, Kajang, Bangi, Old Klang Road, Puchong or Shah Alam with good rental yield.. at least 7.5% and above. If you do, please inform me because i am seriously looking for one property for my sister. She wants to buy for investment. Actually i helped her buy one before. it is a new under construction. Happy with my investment pick, she wants me to help her to buy for another one. actually i already booked one, also a new project at a good location. but since for that project, the panel financier does not provides islamic loan, my sister have to cancel it. her principle is: Islamic loan only.. or else, no deal. what a good and respectable principle. So, i need to find a different apartment la.. Looking at current situa...

Domain 4 @Neocyber

Sebagaimana yang dah diceritakan, Jumaat lepas saya ke pejabat jualan Neocyber. Saya difahamkan Domain 3 masih ada 5 unit lagi. selebihnya sold out. Untuk Domain 4, masih ada diskaun dan cash upon vacant posession, bergantung pada unit. Ada beberapa jenis. yang 549 sqft - studio unit - harga paling rendah yang ada adalah rm250k - discount RM10K - bila dapat kunci: dapat cash rm8k yang 599sqft - 1 bedroom unit - harga paling rendah yang ada adalah rm270k - discount RM10K - bila dapat kunci: dapat cash rm8k yang 554 sqft - duplex unit - harga paling rendah yang ada adalah rm270k - tak ada discount sebab unit ni hot dan sangat terhad. wowww yang 753 sqft - 2 bedroom unit - harga paling rendah yang ada adalah rm308,500 - discount RM3K hm.. kalau nak dibandingkan, dah tentu pembeli Domain paling untung dari segi harga sebab paling murah masa beli. Selepas tu harga start naik.. masa Domain 2, ke Domain 3 dan sekarang ni Doma...

Domain 2 dah nak siap..

Tadi saya ke pejabat Laketown. collect 2 cek buyer get buyer comission. untuk Domain 3, en shahir dan kak jue. alhamdulillah.. duit raya utk kami bertiga. untuk buyer domain 3 yang lain, saya dah minta tolong kenny claim dan follow up. untuk domain 2, ada 2 buyer lagi belum dapat cek. wennie punya kenny dah claim bulan 4, tapi finance masih belum keluarkan cek. entah la apa masalah diorg ni. utk khairul, ada isu sikit, harap boleh selesaikan isu ni. kalau ada yang berminat nak beli Domain 3, masih ada 5 unit available. Domain 4 pun masih ada. boleh letak nama saya as buyer get buyer. comission kita share 50-50. bgtau salesman tu masa booking beli guna nama saya as buyer get buyer ye. then emel saya bgtau utk saya follow up dan utk saya rekod. next entry saya cerita lagi pasal Domain 4 oh ye, nampak Domain 2 luarannya dah siap. hm.. cantik.. tak lama lagi boleh lah dapat kunci kan.. tahniah pada kawan2 buyer Domain 2 :)

pencuri di Domain Neocyber

hm.. saya masih nak bercerita kisah minggu lepas. Jumaat malam Sabtu tenant saya di rumah Domain @Neocyber call. Semasa dia tiada di rumah, masa tu hanya kawan dia di biliknya (master bedroom) dan seorang lagi tenant bilik kedua di dalam bilik berkurung, tiba-tiba kawan tenant saya terdengar bunyi yang pelik di luar. tengok2 pintu sliding door dan terkopak. mangga pula tak dikunci sebab ada orang kat dalam kan... so tenant saya call memang syak ada orang cuba pecah masuk ke dalam rumah dia minta saya hantar tukang kunci segera untuk baiki. saya janji akan call uncle sam esok paginya. esok pagi hari sabtu, saya sms jin, anak uncle sam. sebab hp saya bertapa dalam tong beras. jadi, cuma no jin ada dlm hp sementara saya. saya minta jin tolong datang rumah baiki dengan urgent. oleh kerana saya sedang menghadiri konvensyen tu, jadi tak dapatlah saya follow up tghari tu. petang tu tenant saya call semula. rupanya kamera digital dalam beg kamera di bilik ke3 hilang. aiseyy.. sempat j...

Laporan property investment convention 2011

seperti yang telah diberitahu dalam entri-entri terdahulu, hujung minggu lepas saya menghadiri Property Investment Convention 2011 di The Gardens, Mid Valley. untuk menjadi pelabur yang bagus, kita kena sentiasa belajar dan mendapatkan maklumat tentang perkembangan terkini di dalampelaburan hartanah Ingat lagi entri saya pasal 6 money jars? 10% duit gaji kita sepatutnya kita ketepikan dan belanjakan untuk Education. Konvensyen kali ni sangat menarik Top Speakers dan tajuk-tajuk pembentangan memang sangat menarik Ada Milan Doshi. Ho Chin Soon, George Stewart LaBrooy, Gererd Kho, Chris Tan, Dominic Lee dan 2 orang dari UK iaitu John Lee dan Vincent Wong selain seorang dari Australia, Samantha Payne. Kalau nak cerita satu persatu apa yang dibentangkan terlalu banyak. Cuma saya nak kongsikan pendapat Milan, is it the correct time to sell? Buy? Hold ?or Hold and Refinance? Jawapan Milan senang saja.. Sell... jika property kecik2 anda tu harganya dah naik dan anda nak start invest p...

kalah bid unit pejabat

Sabtu lepas, saya menghadiri Property Investment Convention 2011 di MidValley. nanti saya cerita detail tentang konvensyen ni. Tapi pada yang sama, saya wakilkan ijam, suami Fara pergi bid. hahahaha... kalah... hahahaha.... Hari jumaat sebelum tu la saya ternampak satu unit utk dilelong. Pejabat. Tingkat 1 betul2 belakang Tesco Puchong. Reserve proce 100K sahaja. Maintenance, quit rent tertunggak semua bank akan tanggung. Strata title dah keluar. Market value katanya dalam 200k - 250K. Teghari jumaat tu, saya pergi melawat. Unit kosong. Satu row dengan pejabat tu, hanya ada 2 unit sahaja yang kosong selain unit ni. Cayalah.. memang cantik habis. hm... handphone saya masa tu masih bertapa dalam tong beras, jadi tak dapatlah tangkap gambar. dek kerana kekangan bajet, saya set maksima bid tak tinggi. ye lah.. unit komersial ni loan 80% je.. Katanya ada 9 pembida hari tu untuk kedai tu.. hangat hangat... Akhirnya pejabat dimenangi pada harga rm154K hm.. masih harga yang berbalo...

duit sewa terakhir

sebagai tuan rumah, sudah pasti kita rasa sayang bila penyewa yang baik kita nak berpindah. saya pernah mengalaminya sebelum ini. kini penyewa rumah member saya di unipark yang saya jaga pula dah nak pindah keluar. beliau akan menamatkan pengajian master beliau di uniten dan akan pulang semula ke negaranya. sedih juga sebab - beliau penyewa yang baik. bayar sewa tak pernah miss cuma saya kena pergi collect by hand dari dia setiap bulan. - tak cerewet. malah beliau sangat bagus menjaga rumah tersebut sehinggalah penyewa bilik kedua datang dan kurang menjaga rumah.. baru lah keadaan rumah itu nampak macam penyewa lelaki duduk. - kami jadi kawan. selalu juga saya lepak2 makan dengan dia sambil borak2. dia ni bagus.. pemikirannya matang. tajuk perbualan sama ada pasal politik atau sosial di US, negara arab, canada, pakistan atau beberapa negara lain yang beliau pernah lawati. pernah juga bawak dier jalan2 melaka dan pergi rafting bersama saya dan kawan2. - sangat professional dan menghorma...

tong kitar semula di pomona, USA

salam ramadhan, sebelum ni saya pernah kongsikan kisah kitar semula di germany. bagaimana pasaraya di sana menyediakan tong kitar semula untuk botol plastik. setiap botol boleh claim balik 0.25 euro dari cashier pasaraya. saya kongsikan di dalam entry saya ini, http://www.propertywaltz.com/2011/06/kitar-semula-belajar-dari-germany.html merujuk kepada artikel di dalam blog adik saya ini http://catatandarideutschland.blogspot.com/2011/06/kitar-semula.html Baru-baru ini adik saya di Pomona, USA pula berkongsi gambar mesin kitar semula di kampus mereka. Mesin ini menerima botol plastik dan tin aluminium. setiap mesin akan mengeluarkan resit 5 sen US Dolar untuk setiap botol atau tin yang dimasukkan. duit tu kemudian mereka akan claim di campus mart mereka. Bagus kan cara negara-negara ini membudayakan dan mensistematikkan kitar semula di kalangan rakyat dan pelajar? Bila Malaysia nak mengikut jejak langkah seperti ini?

lepas puas bercakap, saya berlari

hehehe.. sabtu lepas memang buat kerja gila. sesi property & co tamat sebelum pukul 6 petang, kawan larian saya dah sampai pukul 4.50 petang di hotel. sebab kami nak bergerak sama-sama ke putrajaya pulak. malam tu pukul 8.40 malam ada fun run 5 km Shape Night Run. running kit dan ambil hari khamis sebelumnya dah... fuh.. memang mencabar lah.. sebab tak rest langsung. masih mampu menamatkan larian 5 km dalam masa 37 minit, cayalah kepada diri sendiri. Shape run ni, rupanya yang best adalah goodies beg dia. banyak betul barang-barang yang kami dapat. air kotak jus, air tin gatorade, majalah, rexona for women pun ada, voucher spa, berus gigi, mentos, voucher minuman jus buah-buahan, ubat tradisional cina dan macam-macam lagi selain tu, booth pun ada sediakan air gatorade, roti dan yogurt free. fuhhh.. patut lah shape run sungguh popular dan patut lah kawan saya beriya-iya nak join shape run ni walaupun pendaftaran 12 km dah tutup. fun run pun fun run lah... saya mula2 berlagak.. apa ...

Property & Co sharing session batch julai 2011

alhamdulillah... sharing session property & co sesi julai 2011 telah selamat dan berjaya dijalankan. sabtu 30 julai sampai ahad 31 julai 2011 tempat di first business inn, kuala lumpur. ada 22 peserta semuanya.. semuanya muda-muda dan majoriti adalah lebih muda dari saya. wahh,.. bagus nya kan anak muda kita sekarang. muda-muda dah celik dgn pelaburan. ramai juga yang dah pun membeli rumah sekurang-kurangnya satu. hebat! saya percaya jika mereka terus komited begini, mereka akan berjaya, jauh lebih berjaya dari kami. kami hanya berkongsi ilmu dan tips.. berkaitan strategi pelaburan, pemilihan hartanah, berkaitan tenant management, berkaitan tips lulus pinjaman, berkaitan pelaburan rumah lelong dan macam-macam lagi.. tapi semua ilmu itu tidak akan dapat dimanfaatkan jika tidak dipraktikkan. terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta. terharu saya melihat mereka sanggup habiskan masa sabtu dan ahad bersama2 kami belajar berkaitan pelaburan hartanah lagi terharu sebab ada yang dat...