Ingat lagi kisah cinta kawan saya? saya pernah kongsikan DI SINI dan DI SINI. Kawan saya ini dah dapat kunci rumah yang dibelinya beberapa bulan lepas. Alhamdulillah.... Rumah freehold, jadi proses pindahmilik dan loan disbursement ambil masa dalam 5 bulan sahaja. Kawan saya ni pun guna servis peguam rasmi saya yang saya dah percaya. Jadi, tiada masalah sepanjang proses pindahmilik rumah ni. Nak duduk rumah sendiri kan.. takkan nak duduk di rumah bercat putih je. Boring lah.. maka dia berangan nak cat sikit rumah ni. Biar ada deko sikit lah. Tapi adat orang sibuk... hari ke hari tak juga mengecat. Lampu, gril, kitchen cabinet pun tak ada pasang lagi. Last-last dia ada hal kena pindah masuk bulan 6 ni. haaa... baru terkancat. Sebagai kawan lama, saya tolong dia beli rekemen company yang pasang kitchen cabinet dan gril kemudian saya teman dia pergi beli sink, hood dan hob dan beberapa kelengkapan lagi. Masalah seterusnya, mengecat. Dia tak ada masa nak meng...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.