Semalam saya menulis mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputra atau ASB di Facebook. Saya memutuskan mahu mengongsinya di sini pula. Kenapa ada banyak majlis fatwa di Malaysia? Terlebih dahulu, suka saya memaklumkan bahawa berdasarkan Perlembagaan Malaysia, hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Maka itulah setiap negeri termasuk wilayah persekutuan ada kuasa pentadbiran agama islam sendiri. Setiap negeri ada Majlis Fatwa sendiri. Di peringkat kebangsaan pula, ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Setiap majlis fatwa mempunyai ulamak mereka sendiri yang layak mengijtihad hukum. iaitu mengeluarkan hukum pada perkara yang tidak wujud semasa zaman Rasulullah SAW. Mereka mahir dalam bidang agama. Jika di dalam ijtihad ini, mereka memerlukan pandangan dan penerangan pakar dalam bidang yang terlibat, pakar itu akan dipanggil. Dalam kes ASB, wakil dari PNB dipanggil. Setiap majlis fatwa mengeluarkan fatwanya sendiri. Perbezaan Fatwa ke atas Pel...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.