Rakan group FB Propety & Co, encik Ishak berkongsi pautan berita ini. Dari Utusan Malaysia, 16 Julai 2011 berkenaan seorang eksekutif kanan Pertonas telah memenangi satu kes saman ke atas CTOS kerana mengemukakan maklumat yang tidak tepay kepada bank hingga menyebabkan beliau gagal mendapat pinjaman. Respon spontan saya ketika membaca artikel ini adalah, " Padan Muka CTOS. Pandai simpan data, pandai lah update ye.." boleh baca berita penuh di bawah ini KUALA LUMPUR 15 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan syarikat rujukan kredit, Credit Tip Off Sdn. Bhd. (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memfitnahnya dengan menyalurkan maklumat kredit yang tidak tepat, kira-kira enam tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid turut memerintahkan jumlah ganti rugi itu dibayar dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga penyelesaian penuh kes tersebut. Dalam penghakiman bertulis be...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.