Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dataran pahlawan

Patah tumbuh hilang berganti?

Sambungan kisah perhubungan 2 bulan yang saya kongsikan DI SINI. Semasa prosedur penyewa berpindah keluar, saya selaku wakil pemilik unit diminta menyediakan surat kebenaran berpindah kepada pihak pengurusan. Tanpa surat kebenaran tersebut, pihak pengurusan takkan benarkan penyewa unit kami membawa keluar barangnya. Wahh.. bagus juga ada orang tolong pantau begini. Jadi, saya pun sediakan surat tersebut. Saya selitkan juga kehampaan hati saya. Disebabkan kerja-kerja renovation, menjejaskan penyewaan unit saya pula. Tiba-tiba saya dimaklumkan, boss pihak pengurusan nak bertemu sendiri dengan saya. Maka saya mencari masa dan kemudian memandulah saya ke Melaka. Kebetulan pula, pada hari itulah penyewa berpindah keluar. Saya bertemu dengan Miss Lay Kwan, CEO syarikat yang menguruskan Dataran Pahlawan. Beliau menyatakan bahawa kegembiraan semua pemilik termasuk syarikat Hatten sendiri adalah paling utama. Melihat kepada apa yang berlaku pada unit saya, beliau merasakan syari...

Cek yang mengembang-kuncupkan hati

Minggu lepas saya telah menerima cek wang booking sewaan untuk hartanah komersial saya yang pertama Kalau kawan-kawan masih ingat, saya pernah bercerita tentang projek ini DI SINI. Sebuah retail lot di Dataran Pahlawan, Melaka. Kami beli subsale dengan harga RM 388K tapi bank beri penilaian RM 430K. Beli melalui joint venture dengan seorang geng lama pelabur hartanah dan seorang peserta seminar saya pada tahun 2011 dulu. kredit foto: http://www.melaka3.com Proses pindah milik dan disbursementnya ambil masa sangat lama. Insya Allah bulan ini atau bulan hadapan baru betul-betul full disbursement  tapi wang booking sewaan dah diterima. Sewa bermula pada bulan hadapan. Bulan ini mereka buat renovation dahulu. Tapi apa pun, rasa kembang kuncup tengok cek booking sewa unit komersial yang pertama ni. Syukur, gembira... Hartanah komersial ni permainannya berbeza. Apatah lagi retail lot. Terima kasih kepada Mr Milan Doshi yang m...