Ahad, 3 November 2013 berlangsungnya larian Untukmu Gaza 10K Larian ini dianjurkan oleh Aman Palestine. Jarang saya berkongsi mengenai larian yang saya sertai di blog ini. Tapi saya terpanggil untuk menulis kerana terlalu banyak rasanya yang perlu saya tulis mengenai penganjuran larian ini. Saya yakin, tujuan larian ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap penindasan dan pembunuhan yang berlaku di Gaza. ini bukan hanya isu agama. tapi ia sebenarnya isu kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. ini yang kita mahu ramai orang faham dan sedar. isu kemanusiaan, undang-undnag antarabangsa dan hak asasi manusia adalah isu sejagat. Saya juga yakin tujuan larian ini adalah untuk mengumpul dana untuk sumbangan mangsa di Gaza. wang kutipan yuran penyertaan larian akan disalurkan ke Gaza selepas ditolak kos operasi. Jadi, larian untuk charity sepatutnya larian yang menggembirakan. sepatutnya larian yang dapat menarik minat seramai yang boleh u...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.