Langkau ke kandungan utama

Lari demi buah pinggang siapa?

Awal pagi semalam saya menyertai satu lagi larian amal
Larian ini dinamakan World Kidney Day Run 2012 sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia

menunggu pelepasan di starting point

Larian sebegini sebenarnya banyak disertai oleh para professional dan pelajar
Ia disertai semua bangsa, pelbagai peringkat umur dan dari gender lelaki dan perempuan
maka pemilihan acara sukan ini untuk meningkatkan kesedaran pendermaan buah pinggang dan organ lain sangat bagus dan sesuai

siapa kata anak menjadi penghalang anda menyertai larian?

Menurut akhbar the star, jumlah pesakit buah pinggang yang menunggu penderma pada masa ini berjumlah 15k orang.
jumlah ini meningkat dengan mendadak sejak 10 tahun lepas

kementerian kesihatan mengumumkan sehingga sept 2012, ada seramai 181534 orang rakyat Malaysia yang berikrar menjadi penderma organ
tapi malangnya sejak 1997, cuma 309 orang sahaja yang benar2 menderma selepas kematian mereka
puncanya? waris tidak bersetuju.

maka apa jadi kepada beribu pesakit yang menunggu organ baru ini?
mereka meninggal dunia begitu sahaja..
sebagaimana pengikrar penderma organ itu ramai yang meninggal begitu sahaja juga tanpa hasrat mereka terlaksana

saya teringat dulu semasa saya sekolah menengah
saya ada seorang rakan
tua setahun dari saya, biar saya panggilnya kak effa

beliau seorang yang aktif di sekolah
menjadi ketua pengawas semasa kami di tingkatan 5
malah dalam kelas, dia duduk sebelah saya, meja kami bersebelahan

selepas SPM, masing-masing bawa haluan sendiri
saya dengar beliau ke sebuah kolej islam di pahang, kemudian ke sebuah universiti tempatan
kemudian lama tak mendengar beritanya

hinggalah tahun 2007, tiba2 saya menerima sms dari rakan-rakan sekolah dulu
katanya dia sakit teruk, ada di hospital

apabila saya melawatnya, saya lihat beliau sangat kurus, berbeza dengan kak effa yang saya kenal dahulu
rupanya paru-paru beliau sudah rosak teruk
dah tak boleh berfungsi dengan baik
beliau hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan
wayar melilit di hidungnya masuk ke dalam untuk memberinya oksigen

kata beliau, doktor memberitahunya hanay dengan paru-paru baru yang boleh menyelamatkannya
doktor dah masukkan dia dalam senarai urgent penerima paru-paru
beliau hanya menunggu....

saya ingat masa tu saya membawa majalah Mingguan Wanita
sebab saya teringat dulu masa pernah tinggal di hospital, saya sangat bosan
majalah yang ada dah habis saya baca setiap perkataan
sampai saya mula mencnteng-conteng lukisan di majalah tu

beliau sangat gembira dengan majalah itu
dan saya berjanji akan datang semula membawa lebih banyak lagi majalah.. dan komik doraemon juga

tapi kesibukan kerja menghalang saya segera pergi

tidak lama kemudian, ketika saya dan keluarga bercuti di perhentian, saya menerima sms dari rakan2
kak effa dah tiada

tidak percaya dengan berita itu, saya hubungi telefon bimbitnya
suaminya yang mengangkat telefon, memang benar kak effa dah tiada...

tiada penderma, tiada paru-paru yang didermakan, tiada pembedahan
sedangkan berapa ramai yang meninggal dunia setiap hari
tiada satu pun paru-paru yang didermakan kepada beliau

lantas beliau juga turut pergi
meninggalkan seorang anak yang masih kecil dan suaminya

jika sebelum ini saya berangan-angan ingin menjadi penderma organ
tapi lepas pemergian kak effa saya bertambah nekad

alhamdulillah.. 2008 saya telah berjaya mendaftarkan diri dan memiliki kad pengikrar penderma organ

jadi, usaha menganjurkan larian World Kidney Run ini memang sangat bagus
ada satu pameran untuk pendaftaran pengikrar baru
ramai yang mendaftar termasuklah Haruki dan rakan larian saya, chan
saya pulak, oleh kerana tertarik dengan kad baru, saya isi semula borang tu dan dapat lah kad baru yang lebih cantik dan siap self-laminate



harap lebih ramai penderma organ muncul selepas ini
sebab bila kita meninggal dunia, kita dah tak perlukan organ tu semua dah
dari dimakan tanah atau cacing, baiklah dermakan kepada yang masih hidup dan amat memerlukannya
supaya jumlah kematian tidak berganda
supaya kesedihan diimbangi dengan kegembiraan
supaya pahala kita berterusan dihantar ke sana...
insya Allah

untuk maklumat lanjut dan borang pendaftaran pengikrar penderma organ, boleh klik di sini
http://www.agiftoflife.gov.my/

Ulasan

Haruki berkata…
Eh, when you took my photo? Tak perasan pun. But it's a good event. You should post photo of the medal you got.
sitiezahim berkata…
i dah pesan kat zahim unt dermakan organ..kira cam wasiat la tuh kan...huhuhu
p.s: kat sini siap jual stroller unt parents bawak unt larian lagi tau...very the supportive gitu hehehe...
sourplum berkata…
dapat medal tu. hebat
Rohaniah Noor berkata…
haruki, hehehe.. itulah teknik blogger-tangkap-gambar-senyap-senyap namanya... hehehe
i want to put the medal pics tapi ntah kenapa bila upoload jadi terbalik lak gambar tu. tu ygtak jd letak

sitie, haaa... kira wasiat gak tu.. bagus bagus.. nnt balik mesia leh ar daftar. murah tak stroller tu? lain eh dgn stroller biasa?

sourplum, hehehe.. kumpul medal lah yg paling syok.. hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...