Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Bagaimana penyewa survive dalam rumah tak ada air

Walaupun bulan puasa, tapi kerja macam biasa kan.. Beberapa hari lepas saya membantu membersihkan rumah di Cyberjaya. Rumah ni penyewa dah keluar. Jadi kita bersihkan semula untuk disewakan semula Penyewanya student lelaki dari Tajikistan. Duduk dengan kawannya. Dia ni memang selalu buat owner stress. sebabnya setiap bulan sewa memanjang lewat. Bukan lewat sehari dua.. itu ok je. Ini lewat seminggu dua. Sampai owner kena kejar. Last sekali dia bayar sewa bulan tu kurang RM5. Alasannya cash deposit machine tak terima note rm5 dia. Janji nak bank in kemudian tapi sampai masuk bulan seterusnya tak bank in pun. Ok lagi. Naik bulan depannya, tak bayar sewa sampaila dah lewat 10 hari. Owner whatsap minta dia bayar sewa cepat. Penyewa kata dia tak dapat duit dari mak ayah dia kat negara asal dia. Bagi tempoh lagi. Lepas 15 hari, tak ada juga bayaran. Owner pun call pihak management. Minta tutup air. Tenant pun whatsapp. Mintak buka balik air ke rumah tu. Owner kata, b...

Pasangan bahagia terpaksa buat joint loan. Lepas tu macamana?

Sabtu baru-baru ni saya bertemu dengan seorang owner di Cyberjaya. Beliau nak sewakan rumahnya yang baru dapat kunci. Pasangan suami isteri yang bahagia. Anak seorang. Seronok berjumpa mereka. Ini rumah kedua mereka. Rumah pertama adalah rumah yang mereka duduk. Oleh kerana rumah pertama yang mereka beli tu untuk duduk, ia tak memberi mereka aliran wang masuk. Jadi, untuk rumah kedua, guna income seorang tak cukup melayakkan dapat pinjaman. Jadi, terpaksa buat joint loan. Pada asasnya saya kurang galakkan guna joint loan sebab rugi kuota loan 90%. Nanti dua-dua suami dan isteri dan ada 2 rumah. Bila nak beli rumah seterusnya, jadi 70% loan je. Tapi kalau dah cuba mohon pelbagai bank dan tak lepas juga  bila seorang,  buat je la dulu  joint loan. Itu lebih baik dari langsung stuck tak dapat tambah aset. Lepas ni baru kita fikir macamana nak releasekan satu nama. Gaji mungkin naik kan.. jadi boleh la refinance di masa depan. Masa refinance tu pakai la...

Sifir Ganda Wang

Beli rumah bukan sebab kita hamba wang. Tapi sebab kita nak wang jadi hamba kita. Dengan modal serendah RM1,000 tak pasal-pasal boleh kaut untung RM100,000 bila jual balik atau refinance rumah tu. Dah untung RM100,000 kena ingat, duit tu untuk keluarga dan isteri. Paling bagus guna untuk beli hartanah seterusnya. Tapi jangan lupa zakat 2.5%. Dengan 2.5% tu insya Allah rezeki boleh berganda 250%. Nampak tak sifirnya? Gambar: Kondominum The Heron untuk dijual. Lokasi Puchong. 1260 sqft, 3+1 bilik, 2 bilik air. #semuaorangbolehbelirumah Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1QeBRCx

Nak tukar nama kat geran tapi rumah ada pinjaman lagi. Boleh ke?

Pagi tadi semasa sedang berehat selepas balik berlari selama 45 minit, saya menerima satu soalan dari seorang follower. Soalannya berbunyi: "Salam cik, Bapa saya nak tukar nama hartanah ni pada nama saya..... pejabat tanah memerlukan geran ori untuk buat penukaran tersebut...disebabkan hutang perumahan belum langsai, geran ori masih ada pada kementerian kewangan....kami diberi tempoh sethaun untuk buat penukaran tersebut.....bagaimana caranya nak tukar nama tp pinjaman belum selesai?" hmmm.. saya tertarik dengan soalan ni. Rasa macam tak pernah ulas di blog. Jadi saya pun dengan machonya menjawab: "Nanti saya jawab di blog utk bacaan bersama." Mandi dahulu.. bancuh nestum.. klik-klik fesbuk kejap.. kemudian saya pun menjawab soalan ini. Jawapan saya: Kalau rumah atau tanah tu masih ada pinjaman, tak boleh tukar nama atau tambah nama ke geran/ title. Contoh ayah nak tukar nama rumah ke anak, tapi rumah ada pinjaman. atau ibu cagarkan tanah ke ...