tiba-tiba saya teringat saya dah lama tak sambung kisah kak as pernah saya kongsikan dulu dalam satu siri khas boleh baca di sini Selepas apartment Damai, kami tengok banyak lagi apartment. antaranya pangsapuri desa mentari, dua unit Pangsapuri Rimba2, unit lain pangsapuri ilham, flat di seksyen 8 dan pangsapuri jaya.. Akhirnya kak As memilih untuk membeli dua unit sekaligus . Pertama, flat di seksyen 8, shah alam. ia dijual dengan harga rm70K, dan harga pasaran mencecah rm80K jadi 12.5% di bawah harga pasaran. 600 sqft sahaja. 2 bilik, 1 bilik air. tapi rumah ni bukan bawah projek kos rendah yang ada syarat-syarat tu. jadi tak ada masalah nak membelinya. sekarang disewa pada harga rm500 oleh sebuah syarikat untuk beberapa orang pekerja bujang mereka. rental yield sebanyak 8.5% keadaan rumah pun cantik. cuma rumah ni leasehold. bawah PKNS. kedua, kak as beli pangsapuri rimba2 di seksyen 16 shah alam. harga dijual rm112k, harga pasaran rm125k jadi, ...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.