Langkau ke kandungan utama

Kenapa Tak Elok Guna Cat Minyak Untuk Dinding Dalam Rumah yang Dibuat dari Batu

Tadi ada satu owner rumah, mesej saya. Dia tanya cukup ke 1 liter cat untuk satu keping dinding rumah dia tu.

Berdasarkan pengalaman, saya percaya satu liter tak cukup. Sebab nak tutup warna yang terang kat dinding tu, rasanya kena cat at least dua lapis. Kalau nak cat putih, silap-silap kena cat tiga lapis.

Jadi, saya rasa cat 2 liter baru cukup.

Then owner cakap, kalau guna cat minyak,satu liter cukup.

Saya terus reply... Cat minyak tak sesuai. Ini dinding batu. Bukan dinding kayu atau bukan besi.

Ok sekarang kita cuba tengok, kenapa cat minyak tak sesuai digunakan untuk cat dinding batu.

---

Kenapa Tak Elok Guna Cat Minyak Untuk Dinding Dalam Rumah yang Dibuat dari Batu

1. Rumah akan bau kuat & menyengat.

Cat minyak ada bau kuat dan ambil masa lama nak hilang. Kalau penyewa dah duduk, memang tak selesa. Kalau rumah tak berangin, lagilah seksa.


2. Udara dalaman jadi tak sihat (VOC tinggi).

Cat minyak ada Volatile Organic Compounds (VOC) yang boleh beri kesan pada kesihatan – pening kepala, iritasi mata, sesak nafas. Tak sesuai untuk rumah yang diduduki harian.



3. Dinding tak boleh bernafas = potensi kulapuk.

Lagi-lagi kalau dinding tu pernah ada isu lembap. Cat minyak akan 'tutup pori', dan wap air yang sepatutnya keluar dari dinding akan terperangkap, jadi kulapuk atau dinding bergelembung.


4. Rasa ‘melekit’ dan silau.

Dinding dengan cat minyak ni tak rasa selesa bila disentuh. Bila siang dan lampu kena dinding, dia jadi kilat sangat — macam hospital zaman lama.


5. Susah nak tukar cat lain kemudian

Kalau cat minyak dah sapu, nak tukar semula ke cat air nanti susah — kena sanding, buang lapisan tu, baru boleh prime balik. Kerja berat dan mahal kalau nak repair.


Jadi, untuk jangka masa panjang, jangan guna cat minyak untuk dinding batu ya. Guna cat emulsi. Yang boleh lap lap tu hehehe....

Atau paling jimat, cat kapur lah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...