Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel property seminar

Jom Cari Rumah Seberang Perai: Jual Rumah Gaya Bijak

Orang utara... Berminat nak beli rumah tak? Berapa ramai yang nak beli rumah, tapi tak tau cara... Tak tau nak beli kat mana..tak tau rumah apa yang tengah dijual yang kita boleh riki-riki.... Haaaa.... Ni ada berita baik. Insya Allah Jumaat- Ahad 15-18 November nanti akan ada Jom Cari Rumah di Sunway Carnival Mall. Insya Allah nanti ada booth-booth jualan hartanah baru untuk kawan-kawan survey. Kalau berminat, set appointment untuk lawat tapak dan sales gallery. Tengok show house. Kalau berminat dan rasa tulah rumah yang sesuai dengan kita, boleh la kita tangkap satu. Yang lagi best, kat Jom Cari Rumah ni nanti ada sesi ceramah percuma tentang macamana nak beli rumah, macamana nak jual rumah, mavamana nak dapatkan pinjaman dan lain-lain tajuk berkaitan. Masuk PERCUMA, dengar pun PERCUMA. Tapi ilmunya mahal. Saya sendiri insya Allah akan ada di snaa Ahad, sebab slot ceramah saya jam 3 petang. Saya akan berkongsi mengenai Jual Rumah Gaya Bijak dan Apa Ada dengan B...

Jom Cari Rumah di Johor Bahru

Orang JB ada di mana weekend ni? Jom lepak Plaza Angsana Jumaat sampai Ahad. Ada Jom Cari Rumah di sana. Ada banyak booth property yang baru ada banyak booth bank untuk kita tanya pasal pinjaman perumahan dan ada booth pasal program MyHome dan rumah mampu milik. Tapi yang paling best adalah, ada perkongsian hartanah percuma dari hari Sabtu 15 hb sampai Ahad 16 hb Oktober 2016. Percuma tau.. datang je.. Ada ramai speaker kat sini yang sudi datang jauh-jauh dari KL, Kajang, Damansara hatta Singapura untuk berkongsi dengan orang Johor. ilmu mahal yang diberi percuma dan ehh.. kami tak pakai title PhD palsu.. opsss... Insya Allah saya pun akan ada sekali. Mana aci kan speaker lelaki je semua. Ingat perempuan pun tak boleh beli rumah dan invest property ke.. kan.. kan.. kan... Slot saya hari Sabtu jam 11 pagi. Boleh rujuk jadual penuh event di itinerary di bawah Event kali ni double triple istimewa bagi saya kerana insya Allah selepas sesi saya, kita akan la...

Havoc Hartanah KL 2016 lagi seminggu

Pertama kali saya muncul dalam event Seminar besar begini selepas kemalangan. Havoc Hartanah akan diadakan weekend depan, 16 dan 17 April. Venue di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Bukan saya saja. Ada ramai lagi Speaker power-power. Boleh belajar mengenai pelaburan hartanah dari 14 orang Speaker, padat dalam 2 hari ni. Kalau event lain, yuran mau rm300-500. Tapi Havoc Hartanah ni special. Tiket cuma rm90 untuk dua hari, atau rm50 untuk sehari. Kena cepat tau... seminar ni akan berlangsung lagi seminggu. Nak daftar dan dapatkan tiket? Boleh whatsapp 0123547636 ya

Sembang buku suara serak

Batuk pun banyak bercakap juga. Haah.. ikutkan saya batuk hari ni. Suara pun dah serak dan tak berapa nak keluar. Tapi dah janji kan nak buat sesi sembang santai buku hari ni. Jadi, takde hal punya. Alhamdulillah sesi Gelanggang Oakheart #8 mengenai buku Beli Rumah Kababoom! tadi dah pun berjalan dengan baik. Sesi berlangsung di Kafe Buku Oakheart (KABO) di seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Sebenarnya meskipun ini sesi sembang buku Kababoom ni, soalan yang ditanya dan dibincangkan tidak terhad kepada apa yang ada dalam buku je. Ada yang bertanya soalan advanced tadi, seperti berkaitan dengan kaveat, kelayakan pinjaman buat orang yang bekerja sendiri, pewarisan dan motivasi pelabur. Bagi saya, saya cuba jawab sebaik mungkin setakat pengetahuan saya. Kalau kawan-kawan nak tahu, Legasi Oakheart la yang buat kerja-kerja editing, prufreading dan design layout buku ini. Sampai merah-merah mata Hafiz dan Farahin bersengkang mata untuk buku ni. Ada beberapa ketika, saya join s...

Havoc Hartanah KL menggegar lagi september ini.

Insya Allah, Havoc Hartanah KL akan kembali lagi september ini. Havoc Hartanah ni unik dan istimewa sebab ia satu seminar hartanah yang membawakan perkongsian ilmu dari 12 orang speaker dan 12 sesi perkongsian ilmu power kepada semua peserta. Dari tajuk strategi beli rumah, macamana nak capai kebebasan kewangan melalui hartanah, macamana nak buat duit dari hartanah pada era RM jatuh ni dan macam-macam tajuk power lagi. Yang paling menakjubkan adalah, tiket  masuk  cuma RM90 sahaja untuk 2 hari dan RM50 sahaja untuk satu hari. Giler murah untuk koleksi ilmu mahal sebegini. Insya Allah, kali ni saya  juga turun sekali lagi ke pentas Havoc Hartanah untuk berkongsi tajuk mengenai Pembelian Rumah Under Con: Apa Yang Perlu Dikaji. Butiran seminar: . Tarikh: 5 & 6 September 2015 Masa: 8:00pagi-6:00ptg Lokasi: Auditorium Panggung Sari, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur Antara speaker yang akan berkongsi ilmu adalah: - Dr Daniele Gambero - Khalil ...

Seri Binjai: Memudahkan bumiputra membeli rumah

Sejak akhir-akhir ni banyak kes jenayah berlaku di Malaysia. Pecah rumah, penculikan, rompakan. Ini menyebabkan keselamatan menjadi satu elemen penting dalam memilih rumah yang akan dibeli untuk diduduki. Kalau kondominium, memang biasanya ada pengawal keselamatan dan CCTV. Jadi aspek keselamatan memang dah ada. Tapi kalau beli rumah landed atau rumah bertanah? Masih banyak rumah bertanah yang tak ada ciri-ciri keselamatan begini. Terutama rumah bertanah yang sedia ada. Last-last penduduk buat inisiatif sendiri, kutip duit bulanan dan dapatkan servis pengawal keselamatan sendiri untuk berkawal dan menjaga di pintu masuk kawasan rumah mereka. Oleh yang demikian, untuk projek rumah bertanah yang baru, pemaju bina perumahan yang siap ciri-ciri gated and guarded, iaitu berpagar dan ada pengawal keselamatan. Hari ini, saya nak kongsikan projek rumah bertanah gated and guarded di Seri Binjai, Rahang, Negeri Sembilan. Ini projek IJM Land, dekat area Seremban nak ke Senawang. ...

Selamat Pagi Malaysia: debaran dilamar kali pertama

Semalam  14 Mei memang pengalaman yang sangat mahal buat saya. Saya telah dijemput sebagai tetamu jemputan dalam Selamat Pagi Malaysia. Berkongsi mengenai pelaburan hartanah dalam slot Celik Kewangan. Kredit foto: NAS Saya bersiaran dari jam 9.10 - 9.30 pagi. Bukan sahaja sampai Selamat Pagi Malaysia habis, tapi sampai studio dah tutup lampu, saya masih dalam tu. Ada staff RTM menegur dan bertanya soalan. Harap soalan saya membantu dia.  Tengok dia pun dari blur jadi berkerut lepas saya bagi cadangan, formula dan pilihan-pilihan yang dia boleh ambil. hehehe Ramai yang komplen, apsal tak beritahu awal? Hahaha.. saya dapat panggilan telefon pada petang hari Selasa. Maknanya lagi satu hari setengah sahaja lagi. Bila pegawai RTM tu call je, dalam kepala saya mula panik. Satu perkara je yang saya risau. Nak pakai baju apa? Saya kan selalu cakap, hidup di bawah kemampuan. Kena pulak budak Jengka ni dulu tau menoreh dan main bola getah ...

Havoc Hartanah @Iskandar Malaysia: Nak pencen awal?

Panggilan untuk kawan-kawan di Johor. - Iskandar Malaysia -perception versus reality - Lebuhraya Wang - Strategy membina portfolio hartanah RM1Juta - Problem dapat pinjaman? - How to pay less tax on property. Bayangkan dalam 2 hari 11 speaker akan menyampaikan tajuk-tajuk di atas dan banyak lagi tajuk berkaitan pelaburan hartanah dan kewangan. Padat. Non-stop. Insya Allah saya sendiri akan membentangkan tajuk Jom Pencen Awal dengan Hartanah, khas buat kakitangan awam. Havoc Hartanah @Iskandar Malaysia 16 dan 17 Mei ini, bertempat di IMIC, Dangabay, Johor Bahru. Speaker yang akan turun JB nanti adalah: 1. Azizul Azli Ahmad 2. En Mknk 3. Rohaniahnoor Di Sini 4. Dr Daniele Gambero 5. AbangAbu Abuayubul Ansari 6. Adrian Wee 7. Elizabeth Siew Wai Kit 8. Wan Infolelong 9. Khalil Adis 10. Dr Mohd Waqiyuddin 11. Richard Oon  Harga tiket cuma RM90 untuk dua hari dan RM50 kalau nak hadir sehari sahaja. Siap dengan 3 meal. ***** PERCUMA 2 EB...

KL Havoc lagi

“The Economic of A Property Downturn" "Area Analysis Of A Recession Proof Property" “GST Impact On Property & What You Need To Do” “How To Turn your Tenants Into Cash-Flow Machines And Love You At The Same Time”   “Hartanah Luar Bandar, Boleh Buat Duit Ke”  “Menggunakan ‘Cashflow’ Dari Hartanah Bagi Mengatasi Kemurungan Ekonomi” “SCAM – Undercon, Subsale & Lelong: Apa Anda Perlu Tahu” ********************************* Amacam? gempak tak tajuk-tajuk di atas? Haa.. itulah antara tajuk-tajuk yang akan bikin havoc di Kuala Lumpur pada 7 & 8 Mac nanti. Havoc Hartanah KL di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, KL Ada beberapa tajuk lagi yang turut gempak sama yang hanya akan dikongsikan pada 2 tarikh keramat ini nanti. Speaker memang power-power. Antaranya saya lah.. hehehehe Ada 2 hari . 7 Mac untuk sesi Bahasa Inggeris 8 Mac untuk sesi Bahasa Melayu. Kalau nak datang salah satu hari, boleh.. Kalau nak datang kedua-dua ha...

Awak nak ke Bangi tak?

#Awakkatmane #awakadakebangike #awakjomlahkebangi #awakkitaadakatsane Perkongsian percuma ilmu pelaburan hartanah di Bandar Baru Bangi, hari ini dan esok. Sempena Ekspo Prospek Hartanah Bangi di Kompleks PKNS Bangi. Majlis perkongsian bermula dari jam 11 pagi. Sesi saya sendiri adalah pada hari ini 24 Jan pada jam 2.00 - 2.50 ptg nanti Jumpa di sana!

Muka cute dalam majalah

Minggu lepas kawan saya tag saya untuk satu post FB. Saya ingat apalah agaknya... Sekali bila tengok? Oh oh..muka majalah! wahh.. cun jugak muka saya bila masih majalah katalog ni. walaupun tak secun model sebelah saya tu. Sebenarnya ini diambil dari majalah pengiklanan tempatan Metroliv, Saya dapat tahu majalah ini ada dierdarkan di kawasan Seremban dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan. Sebenarnya 15 Februari nanti saya akan beri seminar percuma begaimana caranya dan mudahnya untuk beli rumah. Tempat belum ditentukan lagi tapi ia akan diadakan di Seremban. Fokus lebih kepada penduduk sekitar Negeri Sembilan terutama di Seremban, Senawang, Nilai dan sekitarnya. Sebenarnya saya berbangga dengan projek ini. Kerana biasanya setakat ada muka dan nama saya je. Tapi kali ini, saya terlibat untuk menterjemah dan menulis ayat pada poster ini untuk versi Bahasa Melayu. memang pengalaman yang tak dapat saya lupakan bila pertama kali apa yang saya tulis ter...

perkara no 6 yang berbunyi cengkerik

Saya banyak menerima soalan sebegini.  "Saya ni berniaga sendiri. Boleh kah saya beli rumah?"  "Saya buat bisnes online sahaja. Boleh ke saya buat pinjaman untuk beli rumah?" Tak salah berniaga sendiri. Bisnes online. Itu semua pekerjaan yang sangat bagus malah digalakkan oleh agama kita. Tetapi untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah, bank akan melihat kriteria berikut: 1) ada tak pendaftaran perniagaan atau pendaftaran syarikat 2) profile perniagaan atau syarikat 3) ada tak akaun bank perniagaan atau syarikat 4) berapa transaksi duit masuk dalam akaun bank tersebut 5) berapa lama perniagaan atau syarikat beroperasi. Sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas 6) borang cukai pendapatan bagi pendapatan perniagaan dan syarikat tersebut. Ramai orang yang hebat dalam perkara 1 - 5. Bila bab perkara 6, mula berbunyi krikkk... krik.... Dah tu, macamana nak beli rumah? Declare cukai pendapatan tak bermakna kena bayar berpuluh ribu ringgit. Ada teknik b...

Budak UTP Pulang ke Perak

Sirih pulang ke gagang Belut pulang ke lumpur Student UTP pulang ke Perak Begitulah ibaratnya bila saya menerima jemputan dari Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh mereka menjemput saya untuk berkongsi mengenai pelaburan hartanah cerita pasal teori, parktikalnya, udang-undnagnya dan peluang-peluang buat duit. Nama seminar ini adalah Seminar Pelaburan Hartanah Islam. Selain saya, ada satu sesi pagi oleh seorang Pengurus Maybank Islamik, bercerita mengenai pelaburan hartanah dari sudut hukum agama. Beruntung betul orang Ipoh sebab saya dimaklumkan yuran yang mereka kenakan hanya RM 20 seorang. Itu pun bukan sebab nak caj sangat Tapi sebab tanda komitmen. Jarang-jarang saya bagi talk dengan berbaju kurung Alhamdulillah.. ramai juga orang Perak yang hadir.  Yang paling terharu bila tuan Azizul Azli Ahmad, pelabur hartanah tegar dan penulis buku yang hebat INI turut hadir ke seminar tersebut. Beliau siap belanja makan nasi vanggey ...

Jom Cari Rumah Hari Ini Sampai Ahad

Ke mana sabtu dan ahad ini? Mahu ilmu pelaburan hartanah secara percuma? Kalau mahu berjaya dalam pelaburan hartanah, proses menimba ilmu sepatutnya diletakkan sebagai satu prioriti. Kalau perkongsian ilmu tu pula percuma, apa lagi alasan kita? Teringat satu ketika dulu saya memang sangat rajin ke Property Talk semasa expo iPropert Speaker best, ilmu yang dikongsi tu power kemudian percuma pula tu. Saya ingat lagi, orang melayu yang hadir tak sampai 10% dalam sesi talk tu. Nampak orang Melayu ramai kat dalam mall, kat kedai shopping atau window shopping. Tak mustahil orang melayu masih ketinggalan lagi. Kali ini satu lagi perkongsian ilmu pelaburan hartanah secara percuma dalam majlis terbuka akan diadakan. Acara Jom Cari Rumah akan diadakan di SACC Mall dari hari ini , 28 Nov hingga Ahad 30 Nov 2014. Akan ada pameran hartanah dan sesi talk. Sesi talk akan diadakan pada hari esok, Sabtu dan Ahad bermula jam 1.00 tengah hari hingga jam 4 petang. Ada 5 orang spe...

5 kerusi panassss

Hari ini saya akan buat persiapan penyediaan handout untuk Seminar Cukai Enterprise: Bayar Sikit Untung Banyak. Seminar ni saya rancang dan cari speaker yang berkelayakan kerana saya dapati sebagai usahawan, ramai yang tak ada idea macamana nak declare cukai perniagaan. Ramai yang nak elak. Ramai yang takut kena bayar banyak. Ramai yang susah nak beli rumah dengan pendapatan perniagaan sebab tak declare cukai. Ehem.. perhatikan istilah 'declare' di sini. Declare tak semestinya kena bayar Declare tak semestinya kena bayar banyak sampai rugi. Kita declare dulu dan kita decide, nak nampak untung ke nak nampak rugi. Nak beli rumah banyak, kita declare untung. Tak mahu tambah aset, kita declare rugi. Biarpun tax accountant boleh buat ini semua, tapi kita sebagai pemilik perniagaan harus ada ilmu ini. Baru kita boleh rancang betul-betul. Untuk sesi Sabtu ini, ada 5 tempat lagi. Untuk sesi 21 Disember ada 10 tempat lagi. Seminar sehari belajar sampai lebam da...