Langkau ke kandungan utama

Negara dengan Syarat Pelik Untuk Masuk


Kelmarin saya terbaca satu artikel. Tentang negara yang syarat nak masuk tu pelik-pelik. Lain dari kebiasaan negara lain.

Nak Tau apa yang pelik, dan negara apa tu?

Meh saya ceritakan semula apa negara-negara yang syarat kemasukannya agak pelik tu 

---

1. Turkmenistan – Wajib swab test Covid on arrival

Walaupun majoriti negara dah tinggalkan PCR test & swab hidung, Turkmenistan masih lagi setia dengan prosedur ni.
Masuk je negara tu, kawan-kawan kena sedia hidung untuk dicucuk.
Macam outdated kan...

---

2.  Palau – Wajib sign ikrar alam sekitar

Sebelum dibenarkan masuk, semua pelancong antarabangsa wajib sign pledge janji untuk "tread lightly" dan jaga kesan karbon mereka sepanjang berada di Palau.

Ikrar tu nanti siap dicop masuk dalam passport. Ia akan jadi kenangan terindah, sama macam visa negara lain.

---

3.  Jepun – (mCadangan untuk wajibkan ada insurans perubatan & tiada rekod hutang hospital

Media Jepun lapor negara itu sedang pertimbang untuk wajibkan pelancong asing tunjuk bukti ada medical insurance, dan tiada rekod tertunggak bil hospital.

Sebab dah ada kes orang datang melancong, sakit, dapat rawatan… lepas tu cabut tanpa bayar.

So kalau cadangan ni diluluskan, korangbjangan lupa ambil plan medical card dari saya dulu ya sebelum masuk Jepun. 

---

4. Kanada – Bawa surat izin pasangan kalau travel dengan anak

Kalau kawan-kawan travel dengan anak, tapi tanpa pasangan, Kanada minta sediakan surat bertulis dari pasangan sebagai bukti yang travel tu dengan persetujuan bersama.

Langkah ini untuk elak kes penculikan anak oleh parent sendiri. Biasanya kalau pasangan tu dah bercerai atau putus la .

---

5. Singapura – Jangan bawa chewing gum dan handcuff

Semua tahu Singapura larang chewing gum, tapi yang ramai tak tahu… handcuff dan Christmas cracker pun tak dibenarkan.

Negara ni sangat tegas bab barang-barang yang boleh dianggap gangguan atau menyusahkan awam.

Walaupun jiran kita, tapi ada beza kan .
---

6. Bhutan – Cukai pelancong USD100 sehari 

Bhutan kenakan cukai masuk yang dinamakan “sustainable development fee” sebanyak USD100 bersamaan lebih RM400 sehari untuk pelancong antarabangsa.

Pelancong dari India dikecualikan.

PM Bhutan kata bayaran ini membantu pelancong memainkan peranan dalam pembangunan lestari negara mereka.

Kalau poket kawan-kawan tebal dan jiwa adventure, Bhutan memang worth it. Tapi bersedia lah dari segi bajet. 

Bhutan sebenarnya memang tak desperate nak pelancong masuk ramai-ramai negara dia.

---

7. Korea Utara – Mesti ikut tour rasmi (kecuali satu tempat rahsia).

Kebanyakan pelancong cuma boleh masuk Korea Utara melalui tour rasmi yang dikawal ketat dan penuh propaganda.

Tapi… ada satu tempat pengecualian: iaitu Rason, ia zon ekonomi khas yang lebih terbuka untuk pelaburan asing.

Syarat masuk Rason lebih longgar, tapi tetap susah: kena mohon visa China dulu dan masuk ikut sempadan.

Kalau rasa nak adventure yang rare, inilah tempatnya. Malangnya, kalau saya tak Salah, rakyat Malaysia kena ban dari masuk Korea Utata kan sekarang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...